awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hajiji mahu bahasa, budaya dan adat etnik di Sabah diperkasa

Bernama
Bernama
04/08/2023
03:00 MYT
Hajiji mahu bahasa, budaya dan adat etnik di Sabah diperkasa
Hajiji (tiga, kiri) berkata bermacam-macam program untuk memartabatkan khazanah budaya pelbagai kaum dan etnik di Sabah juga akan diperkasakan. - Gambar fail/Facebook Hajiji Haji Noor
KOTA KINABALU: Bahasa, kebudayaan dan adat etnik di Sabah perlu diperkasakan agar tidak terpinggir dalam kemodenan serta teknologi masa kini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata kepelbagaian etnik di Sabah yang terdiri daripada 35 etnik dan 217 sub etnik, menggunakan lebih 50 bahasa dan kira-kira 90 dialek perlu dipertahankan untuk diwarisi generasi muda akan datang.
"Saya mahu persatuan etnik berusaha memastikan anak-anak kita, terutama generasi muda boleh bertutur menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
"Jika bahasa dan warisan budaya kaum tidak dipertahankan, maka akan hilang identiti kaum tersebut," katanya dalam ucapan sempena majlis Anugerah Lagu SABAHVfm di sini malam tadi. Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Joniston Bangkuai.
Hajiji berkata pelbagai program untuk memartabatkan khazanah budaya pelbagai kaum dan etnik di Sabah juga akan diperkasakan.
Beliau berkata rakyat pelbagai kaum di negeri ini perlu sentiasa berasa bangga mempamerkan keunikan bahasa dan budaya masing-masing supaya dikenali oleh generasi muda dan orang luar.
"Muzik dan lagu sama ada Kadazan, Dusun, Bajau dan Murut membentuk dan mewujudkan identiti budaya kita yang unik melalui penggunaan bunyi instrumen dan irama yang unik serta menarik," katanya yang mengalu-alukan inisiatif RTM mengadakan program tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#identiti budaya
#Sabah
#Kepelbagaian etnik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan