Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) pada Jumaat menyambut baik keputusan Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tidak membuat rayuan kepada penghakiman Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penafian ikat jamin di bawah Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah tidak berpelembagaan.
Setiausaha Agungnya Lim Wei Jiet dalam satu kenyataan berkata Seksyen 13 SOSMA adalah tidak mengikut perlembagaan kerana ia mengenepikan kuasa kehakiman pihak mahkamah, yang membentuk struktur asas Perlembagaan Persekutuan, sebagaimana yang ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Semenyih Jaya Sdn Bhd vs Pejabat Tanah Hulu Langat, dan Indira Gandhi vs Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.
"Ia juga tidak boleh diterima kerana ia melanggar konsep asas bahawa yang tertuduh adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya," katanya.
Beliau berkata Hakam menyokong pemerhatian Peguam Negara yang melihat bahawa menolak Seksyen 13 SOSMA tidak bermakna bahawa ia akan menjejaskan keselamatan orang ramai - ini kerana ikat jamin masih boleh dinafikan oleh seorang hakim sekiranya terdapat bukti yang mencukupi bahawa yang tertuduh boleh mendatangkan risiko kepada orang ramai, sama seperti lain-lain kes jenayah.
"Hakam percaya kepada kebijaksanaan mahkamah untuk menjalankan budi bicara sedemikian berhubung ikat jamin secara penghakiman, bagi menampilkan keseimbangan yang sesuai antara hak yang tertuduh dengan keselamatan orang ramai. Akhir sekali Hakam mengulangi gesaannya kepada kerajaan untuk memenuhi janji manifestonya untuk membubarkan SOSMA sepenuhnya," kata Lim.
Sementara itu, peguam Syahredzan Johan yang sependapat berkata berdasarkan Seksyen 13 itu, seseorang yang dituduh di mahkamah dengan mana-mana 'kesalahan keselamatan', tidak boleh dijamin melainkan sekiranya tertuduh di bawah umur, seorang wanita atau seorang yang sakit atau uzur.
"Prinsip pemisahan kuasa bermakna kuasa kehakiman ini tidak boleh dibatalkan atau dipinda melalui undang-undang yang digubal oleh Parlimen. Keputusan itu telah memastikan hak tertuduh yang dibicarakan di bawah SOSMA untuk memohon ikat jamin tidak dinafikan secara mutlak, dan mengembalikan bidang kuasa serta budi bicara mahkamah dalam menentukan sama ada tertuduh boleh diikat jamin.
"Ia sudah tentu akan memberi impak besar kepada tertuduh-tertuduh yang dibicarakan di bawah SOSMA selepas ini," kata Syahredzan yang adalah setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 13 2019
Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa penafian ikat jamin di bawah Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah tidak berpelembagaan. - Gambar hiasan
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
AGC diberi lanjutan dua minggu kemas kini penyelesaian kes saman pencen
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Mac untuk pengurusan kes bagi pihak-pihak mengemas kini penyelesaian.
Aman Palestin tidak boleh cabar pembekuan akaun bank melalui semakan kehakiman - AGC
AGC membantah permohonan Aman Palestin untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman atas alasan pengeluaran notis yang dibantah itu tidak boleh diterima untuk semakan kehakiman.
Malaysia komited untuk menyumbang secara aktif dalam LMAG - AGC
Malaysia komited untuk menyumbang secara aktif untuk kebaikan Komanwel, rantau Asia Pasifik dan dirinya menerusi penyertaan dalam Kumpulan Bertindak Menteri Undang-Undang Komanwel (LMAG).
Isu GEG: AGC dakwa telah beri pandangan undang-undang secara konsisten sejak 2022
Kenyataan AGC hari ini memaklumkan bahawa peruntukan itu adalah bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Kes buli MCKK: PDRM terima arahan khusus AGC untuk lengkapkan siasatan
Antara arahan khusus AGC ialah mendapatkan laporan penuh perubatan mangsa.
1MDB-Goldman Sachs: AGC fail respons kepada Pendaftar Mahkamah LCIA
Kerajaan perlu memfailkan 'Balasan' kepada Pendaftar Mahkamah LCIA dalam tempoh 28 hari dari tarikh permohonan untuk timbang tara difailkan.
DNAA: Tunggu keputusan representasi Peguam Negara - Ahmad Zahid
Zahid meminta semua pihak memberi ruang kepada Jabatan Peguam Negara menjalankan siasatan terhadap representasi dikemukakan pihaknya berhubung 47 pertuduhan melibatkan Yayasan Akalbudi.
Isu kebocoran 'Memo Dalaman' AGC tidak dijawab, Pemuda UMNO akan buat laporan polis - Dr Akmal
Pemuda UMNO akan mengerakkan ahli-ahlinya untuk membuat laporan polis agar satu siasatan dijalankan terhadap isu kebocoran 'Memo Dalaman' Jabatan Peguam Negara (AGC) baru-baru ini.
AGC bantah permohonan Bersatu supaya empat kerusi Parlimen di Sabah dikosongkan
Bersatu telah memfailkan tindakan undang-undang memohon supaya Johari mengisytiharkan kerusi yang disandang oleh empat ahli Parlimen itu kosong.
Najib hantar representasi mohon gugur tuduhan kes pengubahan wang haram dana SRC RM27 juta
Najib menghantar surat representasi kepada AGC untuk menggugurkan tiga lagi pertuduhan kes pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta yang dihadapinya.