Kerajaan Negeri Kelantan merupakan penerima terbesar bantuan kewangan defisit dan bantuan kewangan pendahuluan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM913 juta, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata sejak 2013 hingga 2017, Kelantan menerima sebanyak RM363 juta bantuan kewangan defisit, yang merupakan pemberian kepada negeri-negeri yang menghadapi kekurangan wang dalam akaun mengurus.
"Pemberian tersebut disalurkan kepada Kerajaan negeri yang mengalami defisit, di mana hasil tidak mencukupi untuk membiayai perbelanjaan mengurus seperti emolumen, sewa, utiliti dan perbelanjaan operasi yang lain," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Lim berkata kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengamalkan pengurusan kewangan berhemat dengan memastikan perbelanjaan tidak melebihi hasil negeri.
"Kerajaan Negeri Kelantan diperhatikan telah mencatat defisit akaun mengurus untuk lebih daripada lima tahun berturut-turut," katanya.
Lim berkata tanpa bantuan pemberian defisit daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Kelantan tidak akan mampu untuk menampung bayaran emolumen kepada kakitangan kerajaan negeri.
"Pada 2017, hanya dua negeri yang menerima pemberian defisit iaitu Kelantan dan Perlis," katanya.
Lim berkata Kerajaan Persekutuan juga memberi pendahuluan kepada Kerajaan Negeri Kelantan daripada Kumpulan Wang Pendahuluan, iaitu tabung pusingan yang bertujuan membantu negeri-negeri mengatasi masalah aliran tunai.
Sehingga 30 Jun lepas, katanya jumlah pendahuluan yang telah disalurkan kepada negeri itu berjumlah RM550 juta, juga merupakan penerima terbesar bantuan tersebut.
"Daripada jumlah itu, pendahuluan yang masih tertunggak dan belum dibayar balik oleh Kerajaan Negeri Kelantan ialah sebanyak RM384 juta," katanya.
Di samping itu, Lim berkata Kerajaan Persekutuan juga memberi pinjaman kepada Kerajaan Negeri Kelantan dengan baki pinjaman belum selesai berjumlah RM1.4 bilion dan tunggakan sebanyak RM434.5 juta, sehingga 30 Jun lepas.
"Tahap tunggakan pinjaman juga menunjukkan ketidakmampuan kerajaan negeri untuk memenuhi dan menguruskan komitmen kewangannya," katanya.
Lim berkata Kerajaan Persekutuan berharap Kerajaan Negeri Kelantan dapat mengurus hal ehwal kewangan negeri dengan lebih bertanggungjawab dan berhemah seperti yang dinyatakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, selain meningkatkan hasil secara profesional dan sistematik bagi mengurangkan kebergantungan kepada Kerajaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 08 2018
Sehingga 30 Jun lepas, katanya jumlah pendahuluan yang telah disalurkan kepada negeri itu berjumlah RM550 juta, juga merupakan penerima terbesar bantuan tersebut. - Foto Bernama
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan Pelan Tindakan Pendidikan, Penghargaan Rukun Negara
Pelan tindakan ini menggariskan modus operandi melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Hakikatnya, Kelantan penerima bantuan kewangan terbesar - Lim Guan Eng
Kerajaan Negeri Kelantan merupakan penerima terbesar bantuan kewangan defisit dan bantuan kewangan pendahuluan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM913 juta, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.