awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hakim kanan ambil tindakan undang-undang ke atas Lokman Adam

Sinar Harian
Sinar Harian
12/01/2022
23:20 MYT
Hakim kanan ambil tindakan undang-undang ke atas Lokman Adam
Akberdin Abdul Kader yang mewakili hakim itu berkata, pihaknya akan mengemukakan surat tuntutan fitnah ke atas Lokman Adam hari ini. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang hakim kanan yang didakwa berbaring dalam keadaan berbogel di bilik tidur seorang wanita akan mengambil tindakan undang-undang ke atas bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang didakwa memuat naik satu video memfitnah dirinya.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili hakim itu berkata, pihaknya akan mengemukakan surat tuntutan fitnah ke atas Lokman Adam esok.
"Tindakan itu akan turut disusuli dengan writ saman terhadap beliau di Mahkamah Kuala Lumpur.
"Anak guam saya turut sudah membuat laporan polis di Balai Polis Ampang pada Rabu berkaitan fitnah yang dilemparkan oleh Lokman," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Menurutnya, laporan polis berkenaan dibuat selepas anak guamnya menerima WhatsApp berkaitan video berkenaan yang didakwa dibuat oleh Lokman Adam.
"Video berkenaan bertajuk 'Ketua Hakim Mahkamah Syariah sekali lagi buat perangai macam mana negara tidak ditimpa musibah. Inilah wajah manusia yang kita harapkan menegakkan hukum Allah'.
"Video yang dimuat naik ini sekali gus merupakan tuduhan kepada anak guam saya, yang menuduhnya telah melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di rumahnya," kata beliau.
Menurut Akberdin, anak guamnya itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.
"Anak guam saya telah memberi kerjasama dengan polis dalam siasatan yang dijalankan.
"Ini bukan kali pertama cubaan untuk memfitnah anak guam saya.
"Sebelum ini taktik sama digunakan dengan mengaitkan anak guam dengan seorang wanita lain tetapi tidak berjaya," katanya.
Menurut beliau, Lokman Adam sepatutnya mendengar versi kedua-dua pihak terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.
"Malangnya, dia telah mengambil tindakan semberono dengan menuduh anak guam saya dengan begitu dahsyat sedangkan semua tuduhan tuduhan itu adalah fitnah semata-mata.
"Tindakan tidak bertanggungjawab Lokman Adam telah menyebabkan klip video tersebut tersebar secara meluas sehingga menyebabkan nama, imej dan integriti anak guam saya telah tercemar dengan begitu teruk," katanya.
Pada Rabu, seorang hakim kanan membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan terhadap dirinya yang berbaring dalam keadaan berbogel di bilik tidur seorang wanita.
BACA: Siasatan gangguan seksual hakim kanan, isteri orang masih berjalan
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima laporan tersebut beberapa hari selepas wanita tersebut membuat laporan polis berkaitan kejadian didakwa berlaku pada Ogos 2020.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hakim kanan
#Lokman Noor Adam
#Akberdin Abdul Kader
#berbaring dalam keadaan berbogel di bilik tidur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan