Pemaju projek perumahan kini perlu mendaftarkan nama pembeli dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi penjualan secara pukal melebihi empat unit rumah.
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohd Sadique berkata ini antara syarat baharu bagi penjualan secara pukal atau en-bloc dalam Permit Iklan dan Jualan Pemajuan Perumahan bagi projek baharu yang diperkenalkan mulai 16 Mei lalu.
"Kerajaan akan terus mengawasi kenaikan harga rumah dan jika perlu dari masa ke masa akan mengenakan langkah fiskal tambahan untuk mencari keseimbangan dalam pasaran.
"Ia juga bagi memastikan harga hartanah tidak melambung pada kadar yang tidak sihat yang bakal membebankan pembeli," katanya di Dewan Negara hari ini.
Halimah menerangkan bahawa berdasarkan laporan Indeks Harga Rumah Malaysia yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), Kementerian Kewangan menunjukkan bahawa perkembangan leseluruhan indeks harga rumah telah menunjukkan penurunan pada paras 9.6 peratus pada suku keempat tahun 2013.
“Laporan awal sukuan pertama tahun ini pula menunjukkan penurunan indeks dijangka ke paras 8.0 peratus.
“Laporan ini menunjukkan bahawa ‘property cooling measure’ yang telah dilaksanakan kerajaan semenjak 2010 telah mula menunjukkan kesan yang positif tetapi secara terkawal terhadap pasaran rumah di Malaysia.
“Keadaan ini berkemungkinan berpunca daripada sikap berkati-hati pelabur harta tanah dalam bertindak balas terhadap jangkaan ekstrapolatif dalam penentuan harga harta tanah di pasaran dan juga penjualan harta tanah,” katanya.
Sementara itu, Halimah berkata kerajaan negeri yang berhasrat untuk mengambil peranan yang lebih luas di dalam isu penyediaan perumahan, boleh bertindak mewujudkan Lembaga Perumahan Negeri di negeri masing-masing.
Beliau berkata setakat ini hanya tiga negeri yang telah menubuhkan Lembaga Perumahan Negeri iaitu Johor, Melaka dan Selangor.
“Terpulanglah kepada pihak kerajaan negeri sekiranya hendak mewujudkan Lembaga Perumahan Negeri.
“Sekiranya berhasrat untuk mengambil peranan yang lebih luas dari segi penyediaan perumahan yang dibangunkan oleh pihak swasta dan yang lain, mungkin negeri itu boleh mewujudkan Lembaga tersebut,” katanya.
Halimah berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan daripada Senator Datuk Mohd Salim Shariff yang ingin mengetahui adakah Lembaga Perumahan Negeri akan ditubuhkan di setiap negeri bagi mengawal harga rumah di kawasan Bandar.
T K Letchumy Tamboo
Tue Jun 24 2014
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique. -Foto fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Isu bendera terbalik: KKMM, KPN adakan kempen hormati Jalur Gemilang - Halimah
Datuk Halimah Mohd Sadique berkata kempen-kempen yang akan diadakan itu berhubung kait dengan semangat patriotisme rakyat Malaysia seperti cara mengibarkan dan menghormati Jalur Gemilang.
Kerajaan kaji laksana semula silibus Sivik, Tatanegara - Halimah
Dalam merealisasikan hasrat itu, pihaknya ketika ini sedang berbincang bersama dua kementerian lain iaitu Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Dewan Rakyat luluskan RUU Pencegahan Jenayah awal pagi ini
Rang Undang-undang (RUU) Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 diluluskan Dewan Rakyat awal hari ini.
Halimah: Pemaju projek perlu daftar nama pembeli pukal dengan Kementerian
Pemaju projek perumahan kini perlu mendaftarkan nama pembeli bagi penjualan secara pukal melebihi empat unit rumah.