Hamas meminta Malaysia untuk memainkan peranan utama dalam melindungi Masjid Al-Aqsa daripada pencerobohan rejim Zionis.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Mashal dalam perbualan telefonnya bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.
Dalam perbualan telefon itu, Mashal memaklumkan kepada Najib mengenai situasi terkini di Tebing Barat, khususnya ketegangan yang berlaku di Masjid Al-Aqsa berikutan pencerobohan dan pencabulan yang dilakukan tentera Israel.
"Saya menjelaskan kepada Najib mengenai pentingnya Malaysia untuk memainkan peranan utama dalam melindungi Masjid Al-Aqsa.
"Saya juga menegaskan, betapa pentingnya Malaysia menggerakkan komuniti antarabangsa untuk menyekat rancangan Israel untuk menceroboh dan menduduki Baitulmuqaddis amnya, serta Masjid Al-Aqsa, khasnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mashal, Najib telah memaklumkan bahawa Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keganasan dan pencerobohan tentera Israel ke atas Masjid Al-Aqsa sehingga menyaksikan Masjid Al-Aqsa terpisah secara sementara mengikut kaedah yang ditetapkan oleh rejim zionis itu.
Katanya, Najib menegaskan pendirian Malaysia yang akan menyokong penuh penduduk Palestin dalam mendepani keganasan dan pencabulan yang dilakukan tentera zionis itu.
Mashal berkata, di akhir perbualan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Najib, kerajaan dan rakyat Malaysia atas sokongan padu yang diberikan kepada penduduk Palestin dalam berdepan keganasan dilakukan Israel.
Keadaan di seluruh Tebing Barat semakin tegang sejak beberapa hari lalu yang menyaksikan beberapa pertempuran antara penduduk Palestin dengan pasukan keselamatan Israel, selepas pergerakan Hamas melancarkan 'hari kemarahan' ekoran ketegangan yang berlaku di Masjid Al-Aqsa.
Shuhami Zabri
Sun Sep 20 2015
KHALED MASHAL: Saya menjelaskan kepada Najib mengenai pentingnya Malaysia untuk memainkan peranan utama dalam melindungi Masjid Al-Aqsa. - Foto EPA
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Battle Of The Reds: Legenda Liverpool masih bertenaga
Legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.