Hampir 1,000 syarikat telah menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata inisiatif itu akan mewujudkan tadbir urus yang baik, budaya pengurusan risiko yang kukuh serta toleransi sifar terhadap kegiatan rasuah.
Menurut Dzulkifli, lebih separuh daripada 10 inisiatif yang akan dilaksanakan melalui CIP telah diletakkan dalam kebanyakan organisasi di Malaysia dan seluruh dunia.
"Para pemimpin dan pengurus perlu memastikan pengamalan polisi toleransi sifar dan mekanisme semak dan imbang perlu dilaksanakan bagi mengurangkan salah laku dan mengukuhkan integriti," katanya pada Persidangan CIP 2016 anjuran SPRM di sini, pada Khamis.
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamshun Bahrin Mohd Jamil.
Dzulkifli berkata kegiatan rasuah berlaku apabila wujudnya pemberi dan penerima yang mana tindakan perlu diambil ke atas kedua-dua pihak bagi mengatasi masalah tersebut.
"Justeru, adalah penting bagi pihak swasta terutamanya mereka yang menjalankan perniagaan sendiri atau bersama perlu mengambil inisiatif untuk memerangi rasuah serta mengambil tindakan terhadap pihak yang memberi," tegas beliau.
Beliau turut menggesa komuniti perniagaan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan rasuah dalam memperkasakan perniagaan mereka bagi menghadapi cabaran global pada masa akan datang.
"SPRM memerlukan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak berkepentingan untuk mewujudkan masyarakat beretika dalam memerangi rasuah.
"Kami berharap pihak yang memberi dan menerima untuk mematuhi undang-undang serta mengambil langkah sewajarnya dan diharapkan dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak berkenaan, kegiatan rasuah di negara ini dapat dihapuskan," katanya.
Sebanyak 250 peserta menyertai Persidangan CIP kali ketiga yang dihadiri tokoh-tokoh korporat, ahli akademik, pemimpin dan ketua jabatan serta agensi kawal selia daripada sektor awam, sektor swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Menurutnya, persidangan itu bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan daripada pelbagai aspek berkaitan tadbir urus dan integriti korporat.
Bernama
Thu Oct 06 2016
DZULKIFLI: Lebih separuh daripada 10 inisiatif yang akan dilaksanakan melalui CIP telah diletakkan dalam kebanyakan organisasi di Malaysia dan seluruh dunia. - Gambar fail
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Bekas Pesuruhjaya SPRM 'intai' kerusi Parlimen Tasek Gelugor?
Tan Sri Dzulkifli Ahmad dikhabarkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Dzulkifli Ahmad tidak tolak kemungkinan sertai parti politik
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad tidak menolak kemungkinan menyertai mana-mana parti politik.
Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak tolak bertanding PRU15
Jika rakyat Tasek Gelugor mahu beliau bertanding, Dzulkifli bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.
Perbicaraan SRC: Wang masuk ke akaun Najib tidak semestinya bawa maksud kesalahan - Saksi
Saksi memberitahu, wang yang masuk ke akaun Najib tidak semestinya bermaksud satu kesalahan, jika dia tidak mengetahui mengenainya.
Pendedahan audio: Latheefa gembira dengan komitmen pihak polis
Latheefa Koya harap polis percepatkan siasatan berhubung rakaman audio yang dipercayai membabitkan beberapa individu termasuk bekas Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Bila saya tengok benda tu rasa macam nak nangis" - Transkrip perbualan dipercayai antara Dzulkifli Ahmad dan Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"You are the Prime Minister, you should take charge ..." - Audio rakaman dipercayai mirip suara Rosmah, Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara Najib Razak dan Rosmah Mansor berdasarkan rakaman perbualan yang didedahkan oleh SPRM.
SPRM dedahkan 9 rakaman audio 'mengejutkan' tentang dakwaan konspirasi
Klip audio berkaitan perbualan melibatkan isteri Najb, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, seorang tokoh asing dan beberapa individu lain.
9 rakaman dakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi didedah oleh SPRM
SPRM dedah sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi.
Siasatan pinda laporan audit 1MDB dijangka siap sebelum akhir tahun
SPRM menjangkakan kertas siasatan laporan Jabatan Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini untuk diserahkan kepada Peguam Negara.