awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 10,000 warga TNB bertugas pada Aidilfitri

Bernama
Bernama
07/04/2024
06:15 MYT
Hampir 10,000 warga TNB bertugas pada Aidilfitri
TNB menugaskan hampir 10,000 tenaga kerja pelbagai peringkat di sepanjang rantaian perkhidmatannya di 11 negeri di seluruh Semenanjung bagi menjamin kestabilan bekalan elektrik menjelang sambutan Aidilfitri. -Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menugaskan hampir 10,000 tenaga kerja pelbagai peringkat di sepanjang rantaian perkhidmatannya di 11 negeri di seluruh Semenanjung bagi menjamin kestabilan bekalan elektrik menjelang sambutan Aidilfitri.
Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata pemantauan ditingkatkan menjelang hari raya dengan kebiasaannya tempoh 72 jam bermula sehari sebelum 1 Syawal adalah kritikal berikutan orang ramai rancak membuat persiapan terutama pada malam Aidilfitri.
"Walaupun tugasan ini ialah rutin harian warga kerja di bahagian perkhidmatan masing-masing,saya yakin setiap daripada warga kerja ini akan memberikan yang terbaik demi pengguna di seluruh negara," katanya.
TNB memaklumkan bagi menghargai sumbangan warga kerja terlibat, pihaknya mengekalkan tradisi menitipkan bingkisan kuih raya yang disediakan dengan kerjasama Persatuan Wanita TNB.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#TNB
#kestabilan bekalan elektrik
#Megat Jalaluddin Megat Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan