awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 120,000 rumah PR1MA telah dilulus pembinaan di seluruh negara

Bernama
Bernama
11/03/2015
09:37 MYT
Hampir 120,000 rumah PR1MA telah dilulus pembinaan di seluruh negara
Sebanyak 119,933 PR1MA telah diluluskan pembinaannya di seluruh negara setakat ini.
Sebanyak 119,933 Projek Pembinaan Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) telah diluluskan pembinaannya di seluruh negara setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
Ini termasuk sebanyak 8,547 rumah PR1MA yang telah diluluskan untuk Sarawak,katanya menjawab soalan Wong Ling Biu (DAP-Sarikei) mengenai sama ada PR1MA akan dilaksanakan di Parlimen Sarikei.
"Bagaimanapun, setakat ini tiada rancangan pembangunan untuk PR1MA di Sarikei, tetapi kita sedia membuka kawasan untuk projek itu jika ada permohonan dan tanah baharu yang diberikan oleh kerajaan negeri," katanya.
Rumah PR1MA bertujuan membantu rakyat berpendapatan sederhana mendapatkan rumah dan pembeli yang layak ialah mereka yang mempunyai pendapatan RM2,500 sehingga 10,000 sebulan, mengikut umur dan jumlah tanggungan.
Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir berkata Indeks Syariah Malaysia merupakan usaha bertahap perintis dan kehadapan oleh kerajaan bagi memperkukuhkan komitmen memajukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Jamil Khir berkata itu akan diukur mengenai kesungguhan kerajaan menambah baik syariat Islam oleh Jawatankuasa Teknikal Indeks Syariah Malaysia, yang dianggotai para tokoh dan pakar Islam dalam pelbagai aspek.
Katanya, ketika ini lima teras dalam Maqasid Syariah, iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta yang akan diukur sememangnya banyak telah diguna pakai dan memberi manfaat dalam kehidupan masyarakat walaupun tidak dilabel sebagai produk Islam.
Beliau menjawab soalan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) mengenai bagaimana Indeks Syariah Malaysia dapat membantu dalam mengenal pasti ruang pembaikan dan rakyat dapat menerima manfaat itu di Dewan Rakyat, hari ini.
Topic Berkaitan
#PR1MA
#Projek Pembinaan Perumahan 1 Malaysia
#Shahidan Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan