KUALA LUMPUR: Kira-kira 5.6 juta kanak-kanak Malaysia melibatkan pelajar prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah rendah berdepan masalah malpemakanan.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan mencari penyelesaian segera bagi menangani masalah itu.

Justeru katanya, satu memorandum jemaah menteri akan dibentangkan dalam masa terdekat supaya penyelarasan bagi inisiatif menangani isu berkenaan dilaksanakan memandangkan ia memerlukan kerjasama rentas kementerian dan agensi.

"Terdapat tidak kurang daripada 5.6 juta kanak-kanak prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah rendah yang harus diselesaikan masalah nutrisi.

"Terdapat ketidakseimbangan pemakanan yang diambil bagi membentuk human engineering kepada next Malaysian generation," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara di Parlimen, di sini, pada Khamis.

BERITA LANJUT MENYUSUL