awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SWCorp keluar 42 notis kesalahan membuang sampah pada sambutan Ambang Tahun Baharu
OneXSugar Wallet jadi konsol mudah alih pertama dengan skrin lipat
Alam Flora kutip 3.2 tan sampah di KL pada sambutan Ambang Tahun Baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 70 peratus veteran ATM pilih bidang keusahawanan - Adly

Bernama
Bernama
30/09/2025
04:10 MYT
Hampir 70 peratus veteran ATM pilih bidang keusahawanan - Adly
Menurut Adly, Kementerian Pertahanan sentiasa memberi tumpuan terhadap penyediaan kerjaya kedua bagi veteran melalui pelbagai skim dan program keusahawanan yang diwujudkan. - Gambar fail Bernama
TEMERLOH: Hampir 70 peratus daripada 5,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menamatkan perkhidmatan setiap tahun memilih bidang keusahawanan, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.
Beliau berkata, pihaknya sentiasa memberi tumpuan terhadap penyediaan kerjaya kedua bagi veteran melalui pelbagai skim dan program keusahawanan yang diwujudkan.
"Di Kementerian Pertahanan, kita ada program khusus untuk usahawan veteran iaitu Program Pemerkasaan Usahawan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PUVET ATM) dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melibatkan geran hampir RM1 juta setahun," katanya.
Adly berkata demikian selepas menyerahkan bantuan makanan dan benih anak ikan patin serta tilapia kepada veteran ATM Norizan Johari, 47, dan Mohd Zaid Kamarul Ismail, 40, yang mengusahakan ternakan ikan sangkar sempena Program Peduli Veteran MADANI di Kampung Pangsenam, di sini, hari ini.
Selain bidang keusahawanan, beliau berkata, latihan peralihan melalui Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) bagi melatih anggota yang akan bersara melibatkan pelbagai bidang turut disediakan.
"Latihan peralihan ini mengambil tempoh minimum enam bulan dan maksimum 18 bulan, bergantung kepada bidang kepakaran dipilih, melibatkan pelbagai sektor termasuk pertanian, automotif dan bidang industri lain sebagai persediaan untuk kerjaya kedua.
"Kementerian akan terus membantu mereka sama ada dari aspek ekonomi, kebajikan mahupun kesihatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#veteran tentera
#kerjaya kedua veteran
#Program Pemerkasaan Usahawan Veteran
#Adly Zahari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan