KUALA LUMPUR:Kadar pengangguran meningkat kepada 4.8 peratus atau 772.9 ribu orang pada Disember 2020, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia pada Isnin.
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, susulan pembukaan semula ekonomi menjelang akhir tahun 2020, bilangan penduduk bekerja meningkat sedikit berbanding bulan-bulan sebelumnya.
“Pada bulan terakhir 2020, walaupun bilangan kes baharu COVID-19 melebihi purata 1,500 kes sehari, aktiviti ekonomi masih dibenarkan untuk beroperasi dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard yang ketat.
"Justeru, bilangan penduduk bekerja pada Disember 2020 meningkat 0.1 peratus bulan ke bulan atau bersamaan dengan 19.3 ribu orang kepada 15.22 juta orang setelah mencatatkan penurunan marginal pada bulan sebelumnya.
"Nisbah guna tenaga kepada penduduk yang menunjukkan kemampuan ekonomi untuk mewujudkan pekerjaan kekal pada 65.1 peratus," katanya dalam satu kenyataan.
Mengikut sektor ekonomi, penduduk bekerja dalam sektor Perkhidmatan terus mencatatkan trend yang semakin meningkat terutamanya dalam aktiviti Perdagangan borong & runcit; Kesihatan kemanusiaan & kerja sosial; Maklumat & komunikasi dan Pendidikan.
Walau bagaimanapun, guna tenaga dalam industri berkaitan pelancongan seperti Penginapan dan Perkhidmatan makanan; Pengangkutan dan penyimpanan; serta Kesenian, hiburan & rekreasi terus menurun.
“Dari segi penduduk bekerja mengikut taraf pekerjaan, kategori pekerja yang merangkumi 77.6 peratus daripada jumlah guna tenaga meningkat sebanyak 0.2 peratus kepada 11.81 juta orang berbanding bulan sebelumnya.
"Sementara itu, kategori bekerja sendiri yang merangkumi 15.8 peratus penduduk bekerja, terus mencatatkan pengurangan bagi bulan ketiga sebanyak 0.6 peratus kepada 2.4 juta orang pada Disember 2020.
"Kumpulan ini terdiri daripada penerima gaji harian yang bekerja di pasar tani, pasar malam dan gerai makanan; freelancers; serta pekebun kecil," kata Mohd Uzir.
Tambah Mohd Uzir keadaan pasaran buruh pada Disember 2020 yang masih dipengaruhi krisis kesihatan dan kesan ekonomi telah memperlahankan momentum pemulihan pasaran buruh.
Justeru pasaran buruh pada Disember kekal kompetitif dengan bilangan tenaga buruh meningkat seramai lebih 27 ribu orang kepada 15.99 juta orang.
Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB) pada Disember adalah pada 68.4 peratus.
Bagi suku ke empat 2020 pula, Mohd Uzir berkata keadaan pasaran buruh bertambah baik susulan pembukaan semula ekonomi.
"Keadaan pasaran buruh bertambah baik secara beransur-ansur dengan tenaga buruh dan guna tenaga terus meningkat berbanding suku sebelumnya, masing-masing mencatatkan 15.92 juta orang dan 15.16 juta orang.
"Sementara itu, bilangan penganggur meningkat kepada 760.7 ribu orang dengan kadar pengangguran pada 4.8 peratus," katanya.
Mohd Uzir berkata bagi tahun penuh 2020 pula, kadar pengangguran meningkat kepada 4.5 peratus, kadar tertinggi yang dicatatkan sejak 1993 (4.1%).
"Sepanjang tahun 2020, berdasarkan data purata suku tahunan, KPTB pada tahun 2020 menurun 0.3 mata peratus kepada 68.4 peratus (2019: 68.7%).
"Dalam tempoh sama, bilangan penduduk bekerja menurun 0.2 peratus kepada 15.1 juta orang.
"Penurunan kecil ini disebabkan oleh ketidaktentuan dalam pasaran buruh susulan krisis kesihatan dan ekonomi pada tahun ini.
Mohd Uzir berkata krisis kesihatan memberi impak yang besar kepada tenaga buruh dan menyebabkan kadar pengangguran mencecah lebih 4 peratus berbanding kadar purata 3 peratus yang direkodkan dalam tempoh sebelum krisis.
Najib Aroff
Mon Feb 08 2021
MOHD UZIR: Nisbah guna tenaga kepada penduduk yang menunjukkan kemampuan ekonomi untuk mewujudkan pekerjaan kekal pada 65.1 peratus. -Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Bilangan penganggur terus menurun dengan kadar 3.2 peratus pada Sept 2024 - DOSM
Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun turun kepada 6.3 peratus, merekodkan 420,100 penganggur belia.
Kadar pengangguran diunjur berada pada paras 3.3% tahun ini - Maybank IB
Katanya, segmen tenaga kerja tertentu akan menyaksikan gaji yang lebih tinggi seperti contoh kenaikan gaji perkhidmatan awam.
Tenaga buruh Jun 2024 kekal trend positif, bilangan penganggur turun - DOSM
Ini sekali gus mencatatkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang lebih tinggi pada bulan Jun 2024 iaitu pada 70.4 peratus.
California terus berada di kedudukan teratas dalam kadar pengangguran di AS
California terus menerajui Amerika Syarikat (AS) dalam jumlah kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini.
Purata kadar pengangguran 2024 di Malaysia diunjur 3.4 peratus - Maybank IB
Katanya, kadar pengangguran kekal 3.3% untuk bulan kelima berturut-turut pada Mac 2024, disokong oleh jurang yang stabil antara pertumbuhan guna tenaga yang terus mengatasi pertumbuhan tenaga buruh.
Peningkatan kerentanan terhadap pengangguran satu kebimbangan - IDEAS
Peningkatan kerentanan terhadap pengangguran menjadi satu kebimbangan utama yang dijejaskan lagi oleh impak akibat pandemik COVID-19.
Bilangan penganggur menurun pada September - DOSM
Bilangan penganggur pada September lepas menurun 0.6 peratus kepada 573,700 orang berbanding 577,300 orang pada bulan sebelumnya.
Perkeso Kelantan kurangkan pengangguran menerusi lebih 37,000 penempatan pekerjaan
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan membantu mengurangkan pengangguran di negeri ini menerusi lebih 37,000 penempatan pekerjaan baharu dari Januari 2020 hingga September lepas.
Semua negeri merekodkan kadar pertumbuhan positif pada 2022
DoSM merekodkan pertumbuhan positif walaupun wujud ketidaktentuan ekonomi global, konflik geopolitik dan gangguan rantaian bekalan makanan.
Kadar pengangguran belia 10.1 peratus suku pertama 2023 - KSM
Kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan belia dilihat sebagai fenomena global yang dihadapi kebanyakan negara di seluruh dunia.