MALAYSIA
Hamzah Zainudin kini pulih daripada COVID-19, dibenar keluar hospital

Datuk Seri Hamzah Zainudin dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya pada Ahad lepas setelah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad lepas setelah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.
Setiausaha Akhbar beliau, Zulkifli Bujang yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama berkata, Hamzah juga berada dalam keadaan baik.
Hamzah disahkan positif COVID-19 pada 12 Jan lalu dan menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). - BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami