awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamzah Zainuddin dimasukkan ke ICU? Ini jawapan pejabat menteri

Fareez Azman
Fareez Azman
20/01/2021
06:50 MYT
Hamzah Zainuddin dimasukkan ke ICU? Ini jawapan pejabat menteri
Pejabat Menteri Dalam Negeri memaklumkan bahawa menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya. - Gambar fail Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA :Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan bahawa menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Menurut KDN, tahap kesihatan Hamzah kini dalam keadaan stabil.
"Untuk makluman, YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin kini sedang menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan tahap kesihatan beliau berada dalam keadaan yang stabil.
"Sehubungan itu, Pejabat Menteri Dalam Negeri memohon agar semua pihak untuk terus mendoakan kesembuhan kepada YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin," kata KDN dalam kenyataan media yang diedarkan pada Rabu.
KDN turut memaklumkan, sebarang perkembangan berkaitan tahap kesihatan Ahli Parlimen Larut itu akan dimaklumkan secara rasmi oleh pejabat menteri dari semasa ke semasa.
Terdahulu, tular di laman sosial beberapa pihak mendakwa Hamzah kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana kesihatannya yang merosot akibat COVID-19.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri itu disahkan positif COVID-19 pada 12 Januari lalu.
BACA: Hamzah Zainudin positif COVID-19
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainuddin
#PPBM
#ahli Parlimen
#Larut
#ICU
#KDN
#unit rawatan rapi
#COVID-19
#perubatan
#PPUM
#Kementerian Dalam Negeri
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan