SELEPAS melepasi pelbagai halangan dan cabaran, Haneesya Hanee berjaya meraih gelaran juara Dewi Remaja 2018/2019.
Menepati ramalan, gadis manis berusia 18 tahun itu berjaya menewaskan empat finalis lain iaitu Affie Rania, Anna Jobling, Tia Sarah dan Sherin Amiri di episod akhir pencarian Dewi Remaja 2018/2019.
Tia Sarah menyandang gelaran naib juara manakala Sherin Amiri berada di tempat ketiga.
Tempat keempat disandang oleh Anna Jobling manakala Affie Rania berpuas hati di tempat kelima.
Selain itu, gelaran Dewi Favorite dan Dewi Inspirasi turut diberikan di episod akhir ini.
Gelaran Dewi Favorite yang dipilih peminat menerusi laman web majalah Remaja disandang oleh Arena Iman.
Peserta dari Kelantan, Aween Ismail yang terpaksa menarik diri kerana masalah kesihatan berjaya menyandang gelaran Dewi Inspirasi.
Hadiah disampaikan oleh pemenang Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose, Datuk Hans Isaac dan Editor Remaja, Faiz Aiman.
Di episod akhir ini, pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac bertindak selaku ketua juri manakala pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi dan alumni Dewi Remaja 2009/2010, Neelofa bertindak selaku juri jemputan.
Gempak
Sun Jan 13 2019
Gadis manis berusia 18 tahun itu berjaya menewaskan empat finalis lain. - Foto Astro GEMPAK
Enam memorandum tuntutan penyelesaian masalah air
Sekreteriat perhimpunan #KamiMahuAir Sabah membawa enam memorandum tuntutan mengenai penyelesaian masalah bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Sabah amnya.
Kastam Kedah arah kontena Israel berpatah balik ke Thailand
Jabatan Kastam Negeri Kedah mengarahkan sebuah lori kontena Israel yang tiba di Bukit Kayu Hitam pada Khamis untuk berpatah balik ke Thailand.
Kecuaian perubatan: Bekas CEO Prolintas terima pampasan RM5.1 juta
Saman difailkan pada 2018 oleh plaintif terhadap sebuah hospital swasta, seorang pakar bedah ENT serta pakar bius (defendan).
ByteDance rancang labur RM10 bilion, jadikan Malaysia hab AI di rantau ini - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata perkara itu dimaklumkan ketika pertemuan beliau dengan Naib Presiden TikTok Helena Lersch di Singapura, hari ini.
Ancaman bom: Polis rekod keterangan menteri, saksi
Polis telah merekodkan keterangan beberapa individu termasuk Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bagi membantu siasatan insiden ancaman bom baru-baru ini.
Peniaga dipenjara empat tahun, dua sebatan lakukan amang seksual anak tiri
Seorang peniaga char kuetiau dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan dua sebatan selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak tiri.
Trio compound panah emas di Korea Selatan
Skuad memanah lelaki negara mengejutkan pasukan tuan rumah untuk merangkul pingat emas pada aksi final compound berpasukan lelaki Piala Asia 2024.
Pantau Agenda Reformasi: Awas helah agensi dakwa mampu beri visa haji – Menteri Agama
PRK Sungai Bakap: BN hormat kerusi PKR - Zambry
Barisan Nasional (BN) menghormati kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang sebelum ini dikuasai PKR.
Malaysia Airlines perluas operasi di Amritsar, sedia penerbangan harian untuk pertingkat kesalinghubungan
Peningkatan itu disebabkan permintaan perjalanan yang kukuh dan prestasi faktor beban yang positif di laluan tersebut sekali gus meningkatkan jumlah penerbangan mingguan Malaysia Airlines di India kepada 71.
Haneesya Hanee raih gelaran Dewi Remaja 2018/2019
Haneesya Hanee yang berusia 18 tahun itu berjaya menewaskan empat finalis lain.