awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jika pemain tiada penaja, lebih baik bersama skuad kebangsaan - Wei Feng
Ifa Raziah menangis berpisah dengan pembantu rumah, anggap seperti keluarga
Program Sunat Perdana bawa kanak-kanak naik beca, tonjol warisan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trio compound panah emas di Korea Selatan

Sinar Harian
Sinar Harian
07/06/2024
10:30 MYT
Trio compound panah emas di Korea Selatan
Skuad memanah negara meraih emas dalam aksi final compound berpasukan lelaki Piala Asia 2024 - Kejohanan Ranking Dunia di Korea Selatan pada Jumaat. - Foto FB MSN
SKUAD memanah lelaki negara mencipta sensasi apabila mengejutkan pasukan tuan rumah untuk merangkul pingat emas pada aksi final compound berpasukan lelaki Piala Asia 2024 - Kejohanan Ranking Dunia Peringkat III di Suwon, Korea Selatan pada Jumaat.
Pasukan kebangsaan dibarisi Mohd Juwaidi Mazuki, Mohamad Syafiq Md Ariffin dan Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli menumpaskan Choi Eun Gyu, Kang Donghyeon dan Lee Eun Ho, 236-234.
"Terima kasih di atas ucapan semuanya. Esok (Sabtu) ada lagi satu saingan individu. Gangsa, Insya-ALLAH. Doakan," catat Mohd Juwaidi menerusi Facebooknya.
Dalam pada itu, Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi Facebook rasminya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan negara yang berjaya menonjolkan prestasi terbaik untuk membawa pulang pingat emas.
Kejohanan memanah Piala Asia 2024 yang membuka tirai Isnin lepas dijadualkan berakhir pada Sabtu.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#skuad memanah lelaki negara
#compound berpasukan lelaki
#rangkul emas
#Piala Asia 2024
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan