Hannah terkilan penganjur didakwa gunakan kanak-kanak mohon maaf isu kejohanan WWC

Hannah (foto) menegaskan bahawa tindakan melibatkan kanak-kanak dalam acara tersebut tidak wajar dan menimbulkan persoalan tentang tanggungjawab penganjur. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh meluahkan rasa sedih dan ralat terhadap tindakan penganjur Warzone World Championship (WWC) yang didakwanya menggunakan peserta kanak-kanak mengemukakan permohonan maaf kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung penganjuran kejohanan tersebut.
Ringkasan AI
- Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menyuarakan kekecewaan terhadap penganjur Warzone World Championship (WWC) kerana menggunakan peserta kanak-kanak, dan penganjur tersebut telah memohon maaf kepada Kementerian Belia dan Sukan.
 - Hannah menegaskan bahawa tindakan melibatkan kanak-kanak dalam acara tersebut tidak wajar dan menimbulkan persoalan tentang tanggungjawab penganjur yang tidak mendapat kelulusan rasmi daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) seperti yang diperlukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.
 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan bahawa kejohanan WWC yang dijadual pada Disember tidak mendapat kelulusan dan menegaskan bahawa sebarang acara sukan perlu mendapat kebenaran daripada PJS, memaklumkan keperluan keselamatan dan kepentingan peserta terutama kanak-kanak yang terlibat.
 
Semalam, peserta kanak-kanak tersebut dalam satu video berdurasi hampir tiga minit memohon maaf kepada Hannah, timbalannya Adam Adli Abd Halim, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek atas insiden yang berlaku pada sidang media kejohanan WWC, baru-baru ini.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan Ahad lepas memaklumkan kejohanan yang dijadual berlangsung Disember ini, tidak mendapat kelulusan mereka.
Menurut KBS, sebarang penganjuran acara sukan, khususnya yang melibatkan penyertaan antarabangsa, perlu mendapat kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576].
Terdahulu, tular video sidang media kejohanan WWC yang memaparkan dua kanak-kanak dipercayai peserta kejohanan itu, bergaduh ketika sesi pengenalan.
Insiden berkenaan mengundang reaksi negatif pengguna media sosial yang menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut berhubung penganjuran kejohanan berkenaan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

 
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berhubung penganjuran Warzone World Championship (WWC)? A: Hannah Yeoh meluahkan rasa sedih dan ralat terhadap penganjur WWC yang menggunakan peserta kanak-kanak tanpa kelulusan rasmi daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
 - Q: Mengapakah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak memberi kelulusan kepada penganjuran kejohanan WWC? A: KBS tidak memberi kelulusan kerana sebarang acara sukan yang melibatkan penyertaan antarabangsa perlu mendapat kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia, selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997.
 - Q: Apakah yang dimohonkan oleh peserta kanak-kanak dalam video berdurasi tiga minit yang berkaitan dengan kejohanan WWC? A: Peserta kanak-kanak memohon maaf kepada Hannah Yeoh, timbalannya Adam Adli Abd Halim, dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek atas insiden yang berlaku pada sidang media kejohanan WWC.
 

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

