awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya 30 peratus anggota bomba Pulau Pinang dibenarkan cuti Tahun Baharu Cina

Bernama
Bernama
20/01/2025
15:00 MYT
Hanya 30 peratus anggota bomba Pulau Pinang dibenarkan cuti Tahun Baharu Cina
Mohamad Shoki berkata anggota selebihnya iaitu 655 orang akan bertugas seperti biasa sebagai persediaan menghadapi sebarang kes kecemasan yang dijangka meningkat ketika musim perayaan. - Gambar Bernama
BUKIT MERTAJAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang hanya membenarkan 30 peratus daripada 935 pegawai dan anggotanya bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Pengarah JBPM negeri Mohamad Shoki Hamzah berkata anggota selebihnya iaitu 655 orang akan bertugas seperti biasa sebagai persediaan menghadapi sebarang kes kecemasan yang dijangka meningkat ketika musim perayaan.
"Tempoh pelaksanaan Ops Raya bersempena Tahun Baharu Cina bermula 28 Jan hingga 2 Feb dan jumlah anggota yang ditugaskan adalah mencukupi.
“Berdasarkan pengalaman lepas, statistik menunjukkan kes kebakaran dan kemalangan jalan raya sering bertambah semasa musim perayaan dan JBPM negeri sudah melakukan persediaan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Kebakaran dan Pelancaran Ops Raya sempena Tahun Baharu Cina di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru arah selatan di sini hari ini.
Majlis itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri H'ng Mooi Lye.
Mohamad Shoki berkata sebanyak 15 anggota bersama jentera termasuk sebuah Fire Rescue Tender (FRT), sebuah ambulans serta tiga buah Rapid Intervention Motorcycle (RIM) ditempatkan di Plaza Tol Sungai Dua sepanjang tempoh operasi itu bagi memberikan bantuan segera.
"Di samping itu, kita turut mengadakan kempen lain terutama pemeriksaan bangunan serta keselamatan di air memandangkan sekarang musim cuti sekolah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#musim perayaan
#Tahun Baharu Cina
#Fire Rescue Tender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan