awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
8 maut bangunan runtuh di Mesir
Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Speaker
Wanita warga emas, anak maut dalam kebakaran di PPR Dato Senu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya 30 peratus penduduk di kawasan PKPD Tawau jalani saringan COVID-19

Bernama
Bernama
04/04/2021
20:13 MYT
Hanya 30 peratus penduduk di kawasan PKPD Tawau jalani saringan COVID-19
Navindran meminta penduduk yang terlibat dengan PKPD agar memberi kerjasama untuk melakukan saringan COVID-19. - Gambar hiasan
TAWAU: Hanya 30 peratus penduduk di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sini sudah menjalani ujian saringan COVID-19, kata Pegawai Kesihatan Tawau Dr G Navindran.
Beliau berkata empat kawasan yang terlibat dengan PKPD di Daerah Tawau iaitu Kampung Simpang 3A Merotai Besar, Kampung Baru Pasir Putih, Fasa 2 Taman Semarak dan Kampung Ranggu Batu 10 yang penduduknya berjumlah 3,069.
Navindran yang ditemui pemberita di sini pada Ahad juga meminta penduduk yang terlibat dengan PKPD agar memberi kerjasama untuk melakukan saringan COVID-19.
Terdahulu beliau hadir pada majlis penyerahan bakul makanan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Andi Muhammad Suryady Bandy di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas memberi amaran keras akan mengenakan kompaun kepada penduduk di kawasan yang dikenakan PKP jika cuba "curi-curi" keluar masuk melalui lorong tikus di kawasan masing-masing.
"Pasukan Polis Marin juga digerakkan memantau dari kawasan laut bagi mengelak penduduk melarikan diri atau curi-curi keluar masuk kawasan itu," katanya.
Sementara itu Peter berkata berikutan pelaksanaan semula PKP di daerah itu, sebanyak tiga sekatan jalan raya dilakukan iaitu di Jambatan Putih, Batu 2 Jalan Apas serta Jalan Tiku di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKP
#PKPD
#COVID-19
#polis
#ujian saringan
#kesihatan
#Tawau
#amaran
#G Navindran
#Peter Umbuas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan