awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan hina institusi diraja: Siasatan terhadap Fahmi Reza tunggu laporan MCMC
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
Iran lancar tiga satelit buatan tempatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya 5,700 pekerja sahaja terlibat dalam PKPD di asrama Top Glove

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
17/11/2020
05:36 MYT
Hanya 5,700 pekerja sahaja terlibat dalam PKPD di asrama Top Glove
Reaksi sebahagian pekerja warga asing yang berada di luar rumah susulan pelaksanaan PKPD yang bermula hari ini di Jalan Abadi 1A Meru Klang. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR:Hanya seramai 5,700 pekerja Top Glove Corporation Bhd yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja syarikat itu di Klang.
Perkara itu dimaklumkan syarikat berkenaan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
“Kami ingin mengemas kini kenyataan yang dibuat pada semalam (Isnin) berkenaan pengumuman pelaksanaan PKPD membabitkan pekerja kami.
“Hanya 5,700 pekerja sahaja yang terlibat di dalam pelaksanaan PKPD di asrama tersebut dan bukannya seramai 13,190 pekerja seperti yang dilaporkan sebelum ini.
“Ia hanya mewakili kira-kira 27 peratus daripada jumlah keseluruhan kakitangan kami iaitu 21,000,” jelas kenyataan syarikat itu.
Dalam pada itu, pengeluar sarung tangan terbesar dunia itu turut menyatakan bahawa semua pengoperasian kilangnya di Meru, Klang akan diteruskan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti mana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Malah, katanya lagi, kebanyakan pekerja yang terjejas tidak menunjukkan sebarang gejala dan tidak mengalami demam.
Pada Isnin, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya mengumumkan pelaksanaan PKPD di kawasan itu akan bermula pada Selasa, 17 November 2020 dan tamat pada 30 November 2020.
Malah, beliau juga memberitahu ia melibatkan seramai 13,190 pekerja dan hampir 1,200 penduduk di kawasan asrama lelaki serta Jalan Abadi 1A/KU8, asrama pekerja wanita serta Jalan Abadi 1A dan Jalan Abadi 10A/KU8.
Pelaksanaan perintah itu dibuat susulan terdapat 215 kes positif COVID-19 dikesan di asrama pekerja Top Glove di kawasan tersebut.
Pelaksanaan PKPD di kawasan berkenaan terpaksa dibuat selepas KKM mengesan 215 kes positif COVID-19.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#SOP
#KKM
#Klang
#wanita
#kesihatan
#menteri
#operasi
#lelaki
#Malaysia
#COVID-19
#kes positif
#perintah kawalan pergerakan
#PKPD
#Top Glove
#Sarung getah
#kilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan