Hanya doktor yang mempunyai semangat motivasi yang tinggi selain disiplin kuat akan dipilih untuk menyertai 'Misi Bantuan Kemanusiaan ke-4 ke Gaza'.
Ketua Pasukan Perubatan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Dr Alwi Abdul Rahman berkata, setiap doktor yang bakal terpilih perlu mempunyai ilmu pengurusan bencana yang luas selain pernah terlibat dengan misi antarabangsa disifatkan menjadi bonus.
"Setiap mereka perlu pergi dengan semangat membantu dan harus sentiasa menerima hakikat risiko ada dalam setiap misi.
"Itu sebabnya setiap doktor perlu dilengkapi latihan khas sebelum dihantar ke lokasi yang mempunyai cabaran seperti di Gaza," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.
Dr Alwi pernah menyertai misi kemanusian ke Gaza, Somalia dan beberapa negara lain di seluruh dunia yang memerlukan bantuan.
Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan menghantar dalam masa terdekat seramai 50 doktor pakar bagi 'Misi Bantuan Kemanusiaan ke-4 ke Gaza'.
Katanya, langkah itu untuk memberi bantuan perubatan kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza.
Dalam pada itu kata Dr Alwi, doktor yang akan terpilih kelak perlu faham dan mendalami situasi politik Gaza dengan baik.
"Kita tidak dapat membuat andaian tentang sikap dan pemikiran puak-puak di sana. Ini cabaran sebenar doktor di kawasan bencana. Paling penting jaga nama baik Malaysia," ujarnya.
Ketika ditanya apakah hanya barisan doktor senior dan berpengalaman luas akan dibawa ke Gaza, ini katanya;
"Tidak ada perbezaan antara doktor lama atau baru, pemilihan akan dibuat selain latihan kemanusiaan akan diberi...selain itu tidak ada kelebihan lain."
Sementara itu, pada Sabtu, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata, pihaknya dengan kerjasama Kelab Putra 1Malaysia dan Aman Malaysia akan menghantar pasukan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza tidak lama lagi apabaila mendapat pelepasan pihak berkuasa.
Ujarnya, bantuan dari Wisma Putra dan kerajaan Mesir akan dipohon untuk membolehkan misi berkenaan memasuki Gaza melalui Rafah.
Wan Syamsul Amly
Mon Jul 14 2014
ALWI: Hanya doktor tinggi motivasi, kuat disiplin akan ke Gaza - Gambar fail
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
COO TH ditangkap, dijangka dihadap ke mahkamah pagi ini
Ketua Pegawai Operasi (COO) Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Adi Azuan Abdul Ghani telah ditangkap dan dijangka ke mahkamah pagi hari ini
Kenapa Tabung Haji beli tanah senyap-senyap? - Khairuddin
TH diminta membuat perancangan untuk membangunkan tanah-tanah sedia ada milik mereka terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membeli tanah bagi tujuan pelaburan hartanah di pusat kewangan TRX.
Jet itu bukan milik Najib, ia hak Kerajaan - Azeez
Seorang anggota Parlimen mempertahankan langkah kerajaan membuat pembelian pesawat baharu seperti mana yang didakwa puak pembangkang dan tersebar dalam media sosial.
Buat umrah dahulu, tempoh menunggu kini 65 tahun untuk ibadah haji - Abdul Azeez
Rakyat negara ini yang berkemampuan dinasihatkan mengerjakan umrah terlebih dahulu sementara menunggu giliran sehingga 65 tahun untuk menunaikan ibadah haji.
Isu etnik: Teresa Kok sudah tidak ada kerja ke? - Abdul Azeez
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok disifatkan sudah tidak ada kerja lain selain 'menyibuk' tentang etnik dan keturunan orang lain pada catatan di laman sosial Facebook miliknya.
Jemaah haji bebas jangkitan MERS-CoV dan Ebola - Abdul Azeez
Tabung Haji memaklumkan bahawa tiada sebarang jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV) dan Ebola dikesan dalam kalangan jemaah Malaysia yang menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
Malaysia menang kerusi wakil tidak tetap UNSC
Malaysia memenangi pengundian negara-negara untuk menduduki kerusi wakil tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)bagi tempoh 2015-2016.
Bilangan kuota haji mungkin ditambah tahun depan - Jamil
Bilangan kuota haji untuk seluruh negara termasuk Malaysia kemungkinan bertambah tahun depan sekiranya pembangunan dan naik taraf infrastruktur sekitar Masjidil Haram siap sebelum penghujung 2015.
Malaysia terus beri sokongan kepada Palestin - Muhyiddin
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia sejak sekian lama telah menyatakan pendirian jelas mengutuk segala bentuk kezaliman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
Misi bantuan kemanusiaan Biro Kebajikan UMNO ke Gaza Ogos
Kumpulan pertama yang berlepas pada 6 Ogos terdiri daripada lapan individu dan diketuai Timbalan Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Farid Hassan.