MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 September 2025.
Jia Rong yang turun beraksi dalam acara Daoshu, berjaya meraih 9.726 mata untuk emas pertamanya di Kejohanan Dunia.
Lelaki berusia 61 tahun itu ditahan kira-kira jam 7 pagi susulan kenyataannya di laman Facebook menggunakan akaun bernama ‘Amung Kamaruddin’.
Seorang konstabel berusia 26 tahun ditembak dan ditikam oleh suspek semasa pergelutan di Simpang Pulai, namun kini dalam keadaan stabil.
Jabatan Peguam Negara (AGC) menasihatkan orang ramai supaya menghormati proses keadilan yang sedang dijalankan, termasuk dalam prosiding inkues Zara Qairina Mahathir.
Peguam Negara menegaskan laporan awal bedah siasat sudah memadai untuk pertimbangan inkues kematian pelatih PALAPES UTM, tanpa perlu menunggu tiga bulan.
Hamzah menekankan kemenangan PRU16 lebih penting daripada perebutan jawatan, menyeru semua pihak bersatu demi kejayaan parti.
Pihak pengurusan Suria KLCC hari ini menjelaskan berhubung satu rakaman video tular di media sosial yang memaparkan interaksi antara anggota keselamatan mereka dengan seorang pengunjung di satu daripada pintu masuk pusat beli-belah itu.
Seorang anggota polis parah selepas ditembak dan ditikam, manakala mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah kereta ditinggalkan suspek di kawasan Simpang Pulai, awal pagi Ahad.
Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera di bahagian kepala akibat diserang anjing liar di Batu 9, Cheras, Rabu lepas perlu menjalani satu lagi pembedahan bagi menjahit kulit luar kepalanya.
Seorang lelaki maut tertimbus semasa menjalankan kerja-kerja pengorekan tanah dan pemasangan paip di kawasan pengumpulan pasir sungai di Kampung Teluk Kepayang, Bota Kiri di Seri Iskandar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami