Hanya mahkamah sahaja yang boleh memutuskan sama ada projek Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) haram atau tidak, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad.
Khalid berkata sebagai Menteri beliau sudah buat yang terbaik untuk menangani isu projek berkenaan dan pada masa ini pihaknya sedang menyiapkan laporan berkenaan cadangan isu projek pembangunan berkenaan untuk perhatian Kabinet.
Kertas cadangan itu juga katanya akan diberikan kepada pihak lain untuk diteliti termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pejabat Peguam Negara susulan terdapat dakwaan sebelum ini bahawa bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempunyai kepentingan peribadi terhadap projek berkenaan.
"Jadi biarkan SPRM buat kerja mereka... jika SPRM dapati kesahan (dalam projek itu) akan memaklumkan kepada AG (Peguam Negara) dan beliau AG akan meneliti kekuatan kes.. kemudian jika AG dapati ianya kuat (rasuah) AG akan bawa kes ini ke mahkamah, kemudian mahkamah akan mengisytiharkan projek ini haram.
"... ia tidak boleh diisytiharkan oleh saya mahupun oleh SPRM, keputusan akhir akan ditentukan oleh mahkamah jika ada kes...MACC perlu menyiasat dan perlu mendapatkan bukti yang kukuh bagi menunjukkan bahawa kes ini kuat .. mereka kemudian perlu yakinkan AG jika ia kes yang kuat...AG kena bawa ke mahkamah, kemudian para hakim membuat keputusan" katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Agihan Sumbangan dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Jamek Kampung Baru di sini pada Selasa.
Khalid mengulas mengenai kontroversi projek itu kerana mendapat bantahan penduduk TTDI yang mendakwa projek berkenaan bakal menghapuskan kehijauan alam semula jadi di kawasan tersebut.
Katanya beliau sudah membuat yang terbaik dan bertemu semua pihak berkepentingan seperti pemaju dan penduduk dan pada masa sama perlu menjaga kepentingan semua pihak dan tidak boleh membiarkan DBKL membayar pampasan yang tinggi.
Projek pembangunan Taman Rimba Kiara mencetuskan kontroversi apabila pada April 2017, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan perintah pembangunan bagi projek mega di atas lot tanah seluas 4.9 hektar daripada 10.1 hektar Taman Rimba Kiara yang melibatkan pembinaan satu blok 350 unit rumah mampu milik untuk komuniti rumah panjang Bukit Kiara, dan lapan blok kondominium mewah 50 tingkat.
DBKL perlu membayar kira-kira RM150 juta kepada pemaju sekiranya projek itu dibatalkan dan ia suatu pembaziran terhadap dana awam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2019

Khalid berkata beliau perlu menjaga kepentingan semua pihak dan tidak boleh membiarkan DBKL membayar pampasan yang tinggi. - Gambar fail

Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0 dilancar Mac - Zahid
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 akan dilancarkan pada 11 Mac ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bilangan mangsa banjir Sabah kembali meningkat
Bilangan mangsa banjir di Sabah menunjukkan trend peningkatan semula ekoran hujan lebat berterusan pada malam Isnin.

AWANI Ringkas: Polis buru lelaki pandu lawan arus di MRR2
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Empat sekeluarga cedera, kereta rempuh babi hutan
Empat sekeluarga cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke bahu jalan akibat merempuh seekor babi hutan di Jalan Muar-Parit Sulong di sini, tengah hari tadi.

Warga emas maut langgar tiang telekomunikasi tumbang
Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditungganginya melanggar tiang telekomunikasi yang tumbang.

34 maut, 150 parah dalam serangan bom di masjid
Sekurang-kurangnya 34 orang disahkan maut manakala 150 yang lain cedera parah susulan serangan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di bandar Peshawar, Pakistan.

Malaysia-Singapura boleh bersama anjur resolusi keamanan di PBB - Dr. Oh Ei Sun
Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun berpendapat dua negara berjiran yang harmoni dalam kepelbagaiannya wajar bersama dalam menganjurkan projek keamanan di pentas dunia.

AWANI Ringkas: Batu Puteh | Sedia runding demi kepentingan Malaysia-Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Jeti roboh di Pulau Pababag
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bocor, tongkang sarat kontena nyaris karam
Sebuah tongkang yang membawa pelbagai jenis kontena hampir karam selepas ia mengalami kebocoron ketika berada di perairan muara Kuala Muda.

China umum kelonggaran sekatan COVID-19, di tengah-tengah bantahan awam
Kerajaan China melaksanakan pakej baharu membabitkan 10 langkah kelonggaran dasar sifar COVID-19.

Penduduk bantah pembinaan kondo, bimbang keselamatan pelajar, kesesakan makin teruk
Projek baharu bakal dibina namun tidak sedikit pun mereka gembira kerana dakwa penduduk, ia hanya menambah masalah kepada masalah yang sudah ada, kesesakan jalan yang teruk.

Hanya mahkamah tentukan projek Taman Rimba Kiara - Khalid
Beliau sudah buat yang terbaik untuk menangani isu tersebut dan pada masa ini pihaknya sedang menyiapkan laporan berkenaan cadangan isu projek pembangunan berkenaan untuk perhatian Kabinet.

Kes bantahan salib buktikan Akta Hasutan wajar dikekal - Nancy
Kes bantahan penduduk terhadap lambang salib di Petaling Jaya, Ahad lepas, jelas menunjukkan bahawa Akta Hasutan wajar dikekal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Penduduk Kampung Tunku bantah projek banglo
Penduduk Jalan SS1/41 dan 22/57 Kampung Tunku membantah projek pembinaan sebuah banglo tiga tingkat sejak lima tahun lalu.