Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengambil pekerja dari Korea Utara, dan mereka ditugaskan di tujuh buah syarikat, kebanyakannya di lombong arang batu Selantik di bahagian Sri Aman.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata bagi kementerian itu, pekerja terbabit dikategorikan sebagai pekerja bukan pemastautin, yang ditadbirkan mengikut Ordinan Buruh Sarawak.
Beliau berkata Sarawak mempunyai 'jawatankuasa penempatan' yang bertanggungjawab atas urusan berkaitan pekerja bukan pemastautin, dengan diketuai oleh Setiausaha Kerajaan negeri, manakala Pengarah Jabatan Tenaga Rakyat Sarawak, hanya berada dalam jawatankuasa itu sebagai seorang daripada anggotanya.
"Sepanjang pengetahuan saya, perkara berkaitan pekerja bukan pemastautin ini kami serahkan kepada jawatankuasa berkenaan, ia tidak ada kena mengena dengan Kementerian Sumber Manusia," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di sini hari ini.
Sementara itu, Abang Johari mengulangi bahawa beliau masih menunggu arahan daripada kerajaan persekutuan dalam mengendalikan 176 warga Korea Utara yang masih berada di Sarawak.
Beliau berkata hubungan dua hala yang tegang antara Malaysia dan Korea Utara hanya tercetus baru-baru ini, dan persoalan yang timbul sekarang adalah sama ada pekerja terbabit akan dihantar pulang atau sebaliknya.
Katanya sejumlah 140 warga Korea Utara ditahan oleh Jabatan Imigresen disebabkan permit kerja mereka telah pun tamat tempoh.
"Kebanyakan mereka adalah pekerja pembinaan yang bekerja di Lawas serta Miri dan sudah tentulah mereka mesti dihantar pulang.
"Sejumlah 36 orang lagi yang bekerja di lombong arang batu di Selantik di bahagian Sri Aman, masih mempunyai permit kerja yang sah. Mereka ketika ini bekerja di tapak kerja berdasarkan senarai yang kami ada," katanya.
Abang Johari berkata berikutan keadaan semasa, kerajaan negeri perlu mendapatkan penjelasan daripada kerajaan persekutuan terlebih dahulu.
Ditanya sebab hanya Sarawak yang mengambil pekerja dari Korea Utara, beliau berkata pengambil pekerja itu dibuat berdasarkan kemahiran mereka, misalnya bekerja di lombong arang batu.
"Perlu diingat juga bahawa semasa mereka dibawa masuk ke negara ini, Malaysia dan Korea Utara mempunyai hubungan diplomatik yang baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2017
RIOT: Perkara berkaitan pekerja bukan pemastautin tidak ada kena mengena dengan Kementerian Sumber Manusia.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Sekurang-kurangnya 21 maut dalam kebakaran di lombong arang batu di Kazakhstan
Sekurang-kurangnya 21 pekerja maut dalam kebakaran di lombong arang batu di Kazakhstan.
Greta Thunberg ditahan ketika protes di lombong Jerman
Aktivis alam sekitar dan iklim itu telah dibebaskan selepas pemeriksaan identiti oleh polis.
Angka kematian letupan di lombong arang batu meningkat
19 orang dimasukkan ke hospital dan ketika kejadian terdapat 115 pekerja di lombong berkenaan.
14 maut akibat letupan dalam lombong arang batu
Insiden berlaku di wilayah pantai Laut Hitam, Amasra pada Jumaat.
Guna dron bawah air selamatkan 10 pelombong terperangkap
Dron yang disediakan oleh tentera laut itu mempunyai kamera resolusi tinggi dan cahaya untuk mengenal pasti halangan.
8 terbunuh dalam letupan lombong arang batu
Siasatan mendapati, sebahagian stuktur lombong ranap sehingga menyebabkan pekerja lombong terperangkap di dalam.
Lima terbunuh dalam letupan lombong arang batu di Pakistan
Tragedi berlaku akibat pengumpulan gas metana di lombong arang batu itu.
21 masih terperangkap dalam banjir lombong arang batu Xinjiang
Sejumlah 12 pelombong yang masih terperangkap berjaya dikesan dan bakal diselamatkan, manakala sembilan pekerja lagi belum ditemukan.
Hanya Sarawak ambil pekerja dari Korea Utara - Richard Riot
Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengambil pekerja dari Korea Utara, dan mereka ditugaskan di tujuh buah syarikat, kebanyakannya di lombong arang batu Selantik di bahagian Sri Aman.
Siasatan punca letupan lombong arang batu belum dapat dilakukan - Bomba
Kerja-kerja menyiasat punca sebenar kejadian letupan lombong arang batu di Pantu, dekat sini masih belum dapat dilakukan.