KUALA LUMPUR: Hanya satu lokaliti akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 8 Oktober ini, iaitu Prosdet Pantos, Mukim Ulu Jelai, Lipis di Pahang.

Menurut Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, PKPD itu akan tamat pada 21 Oktober dan prosedur operasi standard (SOP) dikenakan adalah sama seperti PKPD di kawasan lain sebelum ini.
 
Sumber Facebook MKNJPM

Selain itu, PKPD di Kampung Rompon, Tambunan di Sabah akan ditamatkan pada 7 Oktober seperti yang dijadualkan

Sementara itu, MKN turut mengesahkan tiada lokaliti yang bakal dilanjutkan PKPD.