Wisma Putra pada Khamis mengesahkan hanya seorang rakyat Malaysia terlibat dalam insiden letusan gunung berapi di White Island, New Zealand, pada Isnin dan mangsa dalam keadaan kritikal.
Menerusi satu kenyataan pada Khamis, Wisma Putra memaklumkan pengesahan mengenai perkara itu diperoleh daripada Pusat Kordinasi Kecemasan, Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan (MFAT) New Zealand.
"Mangsa merupakan pemegang taraf Pemastautin Tetap Australia kini berada dalam keadaan kritikal dan akan dipindahkan ke Sydney, Australia untuk menerima rawatan lanjut.
"Mangsa dijadual dipindahkan ke Sydney pada hari Jumaat, 13 Dis 2019. Bagaimanapun, urusan penghantaran mangsa ke Australia bergantung kepada penilaian pihak Hospital Christchurch akan keadaan beliau," demikian menurut kenyataan itu.
Maklumat daripada pihak berkuasa negara itu sebelum ini menyebut sekurang-kurangnya seorang warga Malaysia maut dalam kejadian itu.
BACA: Letusan gunung berapi NZ: Rakyat Malaysia antara yang hilang
BACA: Gunung berapi New Zealand meletus, 20 dikhuatiri cedera
Menurut kenyataan itu, Kementerian Luar Negeri merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan New Zealand serta pihak berkuasa tempatan atas bantuan yang telah dihulurkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana ini.
Ledakan tiba-tiba gunung berapi yang berlaku di White Island, yang juga dikenali sebagai Whakaari, 48 kilometer dari North Island New Zealand, meletuskan abu dan wap ke udara ketika sekumpulan pelancong mengunjungi pulau itu.
Setakat ini pihak berkuasa tempatan telah mengesahkan lapan individu hilang manakala enam maut dan lebih 30 cedera dalam kejadian yang berlaku pada 2.11 petang waktu tempatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 12 2019
Waris mangsa menunggu di rumah Mataatua Mare sementara operasi menyelamat dijalankan susulan letusan gunung berapi White Island di Whakatane, New Zealand, 13 Dis, 2019. REUTERS
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk proses bedah siasat
Kesemua 10 mayat mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.
10 maut Helikopter bertembung di Lumut
Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
AWANI Ringkas: 10 anggota TLDM maut | Subsidi bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
'Langkah kerajaan laksana subsidi bersasar, skim baharu gaji penjawat awam berdasarkan prinsip'
Beliau berkata langkah itu juga bagi memastikan kedudukan fiskal yang lebih baik dan mengurangkan bebanan kewangan negara.
Armizan dedah ramai pemilik stesen minyak terima ugutan sindiket
Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.
[TERKINI] Tragedi Helikopter Bertembung: Sidang Media Menteri Pertahanan
Ikuti langsung sidang media Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin susulan tragedi helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa. #AWANInews
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam.
Lelaki parah dipijak gajah liar
Mangsa berusia 55 tahun singgah di lokasi tersebut kerana mengalami sakit perut sebelum terserempak dengan mamalia terbabit.
Dua lelaki cedera, kereta terbabas, terbakar
Kedua-dua mangsa itu berjaya keluar dari kereta sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi kejadian.
Orang Asli cedera dicakar harimau
Mangsa berusia 52 tahun mengalami cedera di muka dan beberapa anggota badan akibat dicakar pak belang.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
Anggota Perhilitan cedera dirempuh gajah
Mangsa yang berusia 50-an tersebut mengalami kecederaan di bahagian belakang badan serta dada.
Saya tidak mahu lagi kerah kudrat - Mike
Biarpun berat hati, namun badang berusia 51 tahun itu merasakan ia masa yang sesuai untuk dia mengundur diri.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 29,092 orang, 69,028 cedera
Ramai lagi penduduk terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya tetapi tidak dapat diselamatkan oleh penyelamat.
Puluhan cedera dalam pertempuran semasa Pilihan Raya Indonesia di Papua
Sekurang-kurangnya 62 penyokong calon legislatif cedera dalam pertempuran di sembilan lokasi di Puncak Jaya, Papua Tengah, semasa Pilihan Raya Umum pada Rabu.
Seorang maut, 14 cedera insiden tembakan perarakan Super Bowl
Ketika kejadian, ribuan penduduk telah berkumpul di Union Station bagi menyaksikan perarakan itu.