awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Hanya tinggal 8 turus laut di Taman Negara Bako'

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
14/02/2024
03:12 MYT
'Hanya tinggal 8 turus laut di Taman Negara Bako'
Turus laut ini merupakan salah satu khazanah geologi negara yang terbentuk dari kesan hakisan batuan pasir selama berjuta-juta tahun. - Foto Sarawak Forestry
KUCHING: Empat daripada 12 tiang turus laut ikonik di Taman Negara Bako mengalami keruntuhan dipercayai akibat ombak kuat beberapa hari lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Forestry Corporation (SFC) Abang Arabi Abang Aimran dalam kenyataannya memaklumkan, set lengkungan turus laut yang dikenali sebagai 12 Rasul kini tinggal lapan tiang.
“Satu set lengkungan laut dan turus laut ikonik yang serupa di Victoria, Australia, yang dipanggil 12 Rasul juga mengalami proses runtuhan yang sama.
“Buat masa ini, daripada 12 tiang atau lengkungan yang asal, hanya tinggal lapan yang masih wujud,” katanya.
Dalam kenyataan sama, SFC turut mengesahkan formasi batu terkenal di Taman Negara Bako yang dikenali sebagai Turus Laut Kepala Ular telah runtuh.
“Kejadian ini telah dilaporkan oleh pemandu taman, Encik Paul pada jam 4 petang Selasa. Kemungkinan, runtuhnya turus laut ini disebabkan oleh fenomena ombak besar yang berlaku di perairan Bako sejak beberapa hari yang lepas,” katanya.
Mengakui terkejut dengan perkembangan itu, Abang Arabi berkata turus laut ini bukan sahaja menarik dari aspek keindahan semula jadi tetapi juga telah banyak memberi sumbangan yang besar kepada industri pelancongan tempatan, terutama sekali kepada pengusaha bot di Taman Negara Bako.
Beliau juga menjelaskan bahawa ramai pengujung telah melihat keindahan alam ini dan tidak mengambil mudah anugerah yang telah dikurniakan.
“Anugerah alam ini kadang-kadang boleh dipulihkan dan kadang-kadang tidak dapat digantikan,” katanya.
Turus laut ini merupakan salah satu khazanah geologi negara yang terbentuk dari kesan hakisan batuan pasir selama berjuta-juta tahun.
Topic Berkaitan
#turus laut
#ombak kuat
#runtuh
#12 Rasul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan