awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Hanya tumpu kenaikan elaun pengerusi, lembaga pengarah?' - Anwar persoal AGM FGV Holdings

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
23/06/2022
03:29 MYT
'Hanya tumpu kenaikan elaun pengerusi, lembaga pengarah?' - Anwar persoal AGM FGV Holdings
Anwar mempersoalkan sama ada AGM Ke-14 FGV Holdings Bhd pada Khamis akan hanya menumpukan kepada kenaikan elaun Pengerusi dan Lembaga Pengarahnya. -Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR : Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sama ada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-14 FGV Holdings Bhd pada Khamis akan hanya menumpukan kepada kenaikan elaun Pengerusi dan Lembaga Pengarahnya.
Dalam kenyataannya pada Khamis, beliau turut ingin tahu jika isu berkaitan nasib peneroka akan turut menjadi agenda mesyuarat tahunan syarikat perladangan itu.
"Saya ingin bertanya adakah benar mesyuarat ini hanya akan menumpukan mengenai kenaikan elaun Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah FGV?
"Jika perkara ini benar, maka saya ingin bertanya bagaimana pula dengan nasib peneroka?
"Adakah permasalahan yang dihadapi mereka saat ini akan turut dibincangkan?" katanya dalam satu kenyataan di akaun Twitternya hari ini.
Saya difahamkan Syarikat perladangan FGV Holdings Bhd akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-14 hari ini.
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) June 23, 2022
Anwar membangkitkan persoalan itu selepas beliau mendakwa melihat butiran notis mesyuarat syarikat berkenaan.
"Saya difahamkan syarikat perladangan FGV Holdings Bhd akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-14 hari ini.
"Saya juga ada menerima butiran mengenai notis panggilan Mesyuarat Agung Tahunan tersebut," tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#FGV Holdings Bhd
#agm
#nasib peneroka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan