awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kekecohan di Kampung Sungai Baru: Lapan individu akan dituduh - Polis
Pulau Pinang terus jadi tumpuan percutian, tempahan hotel capai 70 hingga 90 peratus
Rapid KL lanjut operasi rel, bas terpilih sempena ambang tahun baharu 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanyut di laut: Tiga lagi warga Vietnam ditemukan selamat

Bernama
Bernama
29/03/2021
15:05 MYT
Hanyut di laut: Tiga lagi warga Vietnam ditemukan selamat
Kesemua mangsa dijumpai kira-kira 8.30 pagi semalam, pada jarak 5.7 batu nautika dari lokasi penemuan mangsa pertama yang merupakan kru bot sama, Le Hoang Em, 41, pada Sabtu lepas. - Gambar/ Ihsan anak kapal penyelamat
KOTA BHARU: Tiga lagi lelaki warga Vietnam yang dipercayai hanyut ditemukan selamat oleh kru sebuah kapal pelantar tempatan, Kapal Express 93 berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dekat Pasir Puteh, semalam.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata mangsa yang ditemukan adalah Tee Lee Van Chong yang merupakan tekong bot, Cau Van Wang dan Nguyen Hau Binh, masing-masing berumur antara 20 hingga 47 tahun.
Kesemua mangsa dijumpai kira-kira 8.30 pagi semalam, pada jarak 5.7 batu nautika dari lokasi penemuan mangsa pertama yang merupakan kru bot sama, Le Hoang Em, 41, pada Sabtu lepas.
"Menurut tekong, mereka keluar ke laut pada 11 Mac lepas dan telah ditimpa ribut pada 27 Mac yang menyebabkan bot mereka terbalik. Ketiga-tiga mangsa ditemukan berada di sebuah pelantar lama yang telah ditinggalkan untuk menunggu bantuan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Muhd Nur Syam Asmawie berkata kesemua mangsa telah distabilkan oleh kru kapal serta diberi makanan dan minuman serta mereka telah dibawa ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku, Pasir Puteh untuk menjalani ujian calitan COVID-19.
Beliau turut berkata kertas siasatan akan dibuka dan keterangan setiap kru serta tekong akan diambil bagi mendapatkan fakta lanjut mengenai insiden bot karam berkenaan.
"Sekiranya tiada isu berbangkit, kesemua empat mangsa akan diserahkan kepada pihak Kedutaan Vietnam di Malaysia untuk tindakan selanjutnya," katanya sambil menambah berdasarkan kenyataan tekong bot itu, hanya seorang lagi kru masih hilang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#APMM
#COVID-19
#siasatan
#kesihatan
#karam
#bot
#warga Vietnam
#bot karam
#diselamat
#Maritim Malaysia
#kapal dagang tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan