awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kekayaan sumber asli tidak menjamin kemakmuran negara - Penganalisis
Amaran rebut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
JBPM laksana lebih 800 operasi menyelamat, pindah mangsa banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hapus BR1M untuk elak sogokan kepada rakyat - Azmin

Aida Aziz
Aida Aziz
26/08/2018
06:02 MYT
Hapus BR1M untuk elak sogokan kepada rakyat - Azmin
AZMIN: Sebarang bentuk sogokan tunai ini untuk mendapat sokongan politik mesti dihentikan.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin langkah kerajaan mahu menghapuskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak memberi kesan negatif kepada rakyat.
Menurut beliau, kerajaan beranggapan sebarang bentuk sogokan tunai untuk mendapat sokongan politik mesti dihentikan kerana ia mempunyai unsur rasuah.
"Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tuntas dalam menegaskan bahawa sebarang bentuk sogokan tunai ini untuk mendapat sokongan politik mesti dihentikan kerana ini mempunyai unsur unsur rasuah.
"Dalam mendapatkan sokongan kepada rakyat saya mempunyai pengalaman di Selangor di mana kita tidak menyogok rakyat dengan bentuk wang tunai tetapi apa yang kita lakukan ialah memberdayakan rakyat melalui program dan dasar demi mensejahterakan rakyat.
"Sebagai contoh bagi peniaga kecil golongan B40, di Selangor kita memberikan bantuan mikrokredit untuk mereka membesarkan perniagaan dengan memberikan dan pinjaman bernilai dari RM 1,000 hingga 50,000 dengan bantuan seumpama ini dapat pastikan mereka memberdayakan ekonomi keluarga masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) 2018 negeri Perak di Hotel Kinta Riverfront, di sini pada Ahad.
Ditanya sama ada BR1M akan digantikan dengan pendekatan lain, Azmin berkata beliau percaya Perdana Menteri sedang merangka inisiatif baharu dalam hala tuju ekonomi Malaysia.
"Perkara ini akan kita bahaskan dalam parlimen Oktober ini yang meletakkan fokus untuk mensejahterakan rakyat bukan menyogok dan memperbodohkan rakyat.
Beliau mengulas laporan media semalam yang melaporan BR1M akan mula dikurangkan pemberiannya sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan dalam tempoh terdekat.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir berkata, pentadbiran terdahulu di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan terlalu memanjakan rakyat sehingga terpaksa bergantung kepada kerajaan.
Topic Berkaitan
#BR1M
#Mohamed Azmin Ali
#rakyat
#Rasuah
#sogokan
#sokongan politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan