awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hapus subsidi harga, beri bantuan tunai kepada kumpulan sasar - Pakar Ekonomi

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
14/10/2023
02:15 MYT
Hapus subsidi harga, beri bantuan tunai kepada kumpulan sasar - Pakar Ekonomi
Nungsari berpendapat, pemberian subsidi secara pukal tidak lagi boleh diteruskan dalam konteks ekonomi semasa negara. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kaedah subsidi terbaik dan berkesan dalam isu melibatkan pembelian petrol adalah dengan memberi bantuan tunai kepada kumpulan sasar bagi tujuan tersebut.
Pakar ekonomi Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata, kaedah ini membolehkan kerajaan menghapuskan subsidi harga bahan api dan pada masa sama mengekalkan kuasa beli bagi golongan kurang berkemampuan.
“Model subsidi yang akan dilaksanakan ialah model pemindahan subsidi kepada kumpulan sasar. Pemindahan ini untuk mengekalkan kuasa beli.
"Apabila subsidi harga dihapuskan, maka untuk kekalkan kuasa beli kumpulan rentan, mereka akan dapat tunai untuk beli petrol dalam jumlah yang sama. Penggunaannya tidak terjejas,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat.
Nungsari juga bersetuju dengan tindakan kerajaan mengehadkan permulaan proses subsidi bersasar ini kepada diesel sahaja, memandangkan kumpulan penggunanya lebih terhad dan mudah untuk disaring.
Pokoknya, pada pandangan beliau, pemberian subsidi secara pukal tidak lagi boleh diteruskan dalam konteks ekonomi semasa negara.
“Subsidi perlu dikurangkan kerana kita sudah belanja hampir satu pertiga daripada hasil cukai kita untuk bayar subsidi sahaja.
"(Tidak boleh teruskan) subsidi kerana kita tidak mampu. Kedua, kerana ia tidak sampai pun kepada kumpulan sasar. Ketiga, ia merosakkan insentif untuk orang lain,” jelasnya.
Apa anda dapat dari Belanjawan 2024? Klik sini untuk liputan penuh di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2024
#Nungsari Ahmad Radhi
#petrol
#subsidi bersasar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan