Keputusan berhubung isu penghapusan kutipan tol lebuh raya akan diketahui dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi, kata Menteri Kerja Raya Baru Bian.
Beliau berkata ketika ini pihaknya sudah menerima beberapa cadangan daripada syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat dan akan menilai semua cadangan berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan.
"Masa sekarang kita masih berunding, mencari satu jalan yang saling memanfaatkan kepada pihak berkepentingan dan kerajaan baharu. Apa yang nanti diputuskan cara baiknya yang diterima semua pihak berkepentingan. Saya percaya itu akan dilaksanakan.
"Saya difahamkan semua pemegang berkepentingan bersikap positif (ekonomi) terhadap kedudukan kita sekarang. Justeru itu mereka sangat memahami, kita harap akan ada persefahaman dan kesimpulan bersama serta persetujuan bersama yang terbaik," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penghargaan 'Man-Hours Without Lost-Time Injury' (LTI) bagi projek-projek lebuh raya dalam pembinaan, di Susur Lebuh Raya Bandar Mahkota Cheras.
Katanya antara cadangan yang diberikan syarikat konsesi termasuklah pemberian rebat, memanjangkan tempoh konsesi lebuh raya dan pemberian diskaun.
Dalam perkembangan lain, Baru berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi beliau berhubung laporan terhadap setiausaha politiknya yang didakwa berkaitan rasuah dan salah guna kuasa.
"Dia (Anwar) dah telefon saya dan bertanyakan perkara itu, dan saya katakan kita sudah buat satu kenyataan akhbar bahawa kita biarkan dia disiasat pihak berkuasa. Jadi kita biarkan sahaja siasatan ini dilakukan dahulu," katanya.
Sebelum ini, Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan Ahmad Syukri Che Ab Razab membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa seorang setiausaha politik di sebuah kementerian.
Ahmad Syukri mendakwa individu terbabit menawarkan kontrak bernilai RM20,000 dan peruntukan RM300,000 dalam satu mesyuarat dengan pemimpin tempatan pada 1 Sept lalu di mana individu berkenaan bertanding untuk jawatan ketua cabang serta merebut jawatan dalam kepimpinan pusat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 04 2018
Baru Bian berkata ketika ini pihaknya sudah menerima beberapa cadangan daripada syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat dan akan menilai semua cadangan berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan. -Facebook/Baru Bian
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
Hapus tol: Keputusan diketahui dua, tiga bulan lagi - Baru Bian
Kementerian sudah menerima beberapa cadangan daripada syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat dan akan menilai semua cadangan berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan.
Baru Bian mahu siasatan rapi berhubung dakwaan salah laku setiausaha politik
Tindakan perlu diambil kerana ia membabitkan nama baik Kementerian Kerja Raya.
Pemilihan PKR: Setiausaha politik menteri salah guna kuasa
Dalam mesyuarat yang diadakan di sebuah lokasi di Pahang pada 1 September lalu, setiausaha politik itu juga memaklumkan bahawa beliau bakal mendapat peruntukan RM300,000 daripada kementerian lain.