PUTRAJAYA: Pendapat bahawa vape atau rokok elektronik selamat untuk digunakan perlu dihapuskan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana ramai pengguna rokok elektronik atau vape negara ini berdepan penyakit kecederaan paru-paru yang dikenali sebagai Kecederaan Paru-Paru Berkaitan Penggunaan Produk E-Rokok Atau Vaping (EVALI).
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) tahun 2019 menunjukkan terdapat kira-kira 1.1 juta pengguna rokok elektronik atau vape di Malaysia dan jumlahnya semakin bertambah hingga memerlukan EVALI perlu dipantau.
"Saya sudah bosan dengan (dakwaan kurang kemudaratan) ini. Walaupun kita menerima sebahagian kecil hujah bahawa, mungkin, jika anda ingin menukar daripada rokok tembakau kepada rokok eletronik, mudaratnya adalah kurang.
"Tetapi kita tidak boleh menggunakan logik yang sama untuk mereka yang bukan perokok. Ada yang kata kita boleh laksanakan generational end game (GEG) untuk rokok tembakau tetapi tidak untuk vape atau rokok eletronik seperti yang dilakukan di New Zealand. Ini bermakna mereka yang lahir dari tahun 2007 masih boleh membeli atau mempunyai akses kepada vape atau e-rokok.
“Mereka yang berumur di bawah 18 tahun, mereka tidak sepatutnya mula merokok. Tak ada istilah pengurangan kemudaratan untuk mereka yang lahir selepas 2007," katanya semasa pelancaran Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) mengenai pengurusan EVALI, pada Khamis.
Menurut beliau lagi, penggunaan rokok elektronik atau vape boleh menyebabkan gejala selain gejala pernafasan seperti kebas anggota badan, berdebar-debar dan halusinasi.
Keadaan ini tambahnya, sangat berisiko dan akan meningkatkan kadar morbiditi dan kematian, malah anggaran kos bagi merawat seorang pesakit EVALI yang dimasukkan ke dalam hospital selama empat hari adalah kira-kira RM50,000.
Dua kes EVALI direkodkan di Malaysia pada tahun 2019 manakala lapan kes dikenal pasti melalui kajian Pusat Perubatan Universiti Malaya pada tahun 2021.
Madiha Abdullah
Thu Oct 20 2022
Kata Khairy, ramai pengguna rokok elektronik atau vape negara ini berdepan penyakit kecederaan paru-paru yang dikenali sebagai EVALI. - Bernama
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.