Zii Jia tarik diri Kumamoto Masters Jepun 2025

Pemain perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia menarik diri daripada Kejohanan Badminton Kumamoto Masters Jepun 2025 yang dijadualkan berlangsung di Gimnasium Wilayah Kumamoto dari 11 hingga 16 Nov ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia menarik diri daripada Kejohanan Badminton Kumamoto Masters Jepun 2025 yang dijadualkan berlangsung di Gimnasium Wilayah Kumamoto dari 11 hingga 16 Nov ini.
Ringkasan AI
- Lee Zii Jia menarik diri daripada Kejohanan Badminton Kumamoto Masters Jepun 2025 bersama pemain terkenal lain seperti Viktor Axelsen dan Jonatan Christie.
 - Penarikan diri Zii Jia disahkan oleh Persekutuan Badminton Dunia tetapi sebab sebenar masih belum didedahkan.
 - Zii Jia dipaksa menjalani program pemulihan lanjutan atas nasihat pakar perubatan berikutan masalah sakit belakang yang berterusan, menyebabkan beliau terlepas beberapa kejohanan terkini.
 
Pada 1 Okt lepas, Team LZJ menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya menjalani program pemulihan lanjutan bagi menangani masalah sakit belakang yang berterusan.
Sehubungan itu, juara All England 2021 berkenaan terlepas tiga kejohanan di Eropah baru-baru ini iaitu Terbuka Denmark, Terbuka Perancis dan Terbuka Hylo.
Zii Jia kali terakhir beraksi pada Masters China 2025 pada September lepas, apabila beliau terpaksa menarik diri pada set penentuan dalam pusingan pertama menentang pemain Taiwan Lin Chun-Yi ketika ketinggalan 6-14.
Pemain kelahiran Kedah itu sebelum itu memenangi set pertama 21-17 sebelum tewas tipis 21-23 pada set kedua.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


