YBhg Tan Sri Datuk Seri Lee Lam Thye kali ini dijemput untuk membincangkan harapan rakyat dan tanggungjawab kepada mereka yang mahu bergelar wakil rakyat.

Lee sendiri telah dilantik menjadi wakil rakyat pada usia yang cukup muda iaitu pada 24 tahun, turut berkongsi pengalaman beliau sepanjang menjadi wakil rakyat.

Sebagai bakal wakil rakyat, Lee turut mengupas aspek seperti kepentingan berpolitik, kebajikan rakyat dan kepentingan peribadi sebagai perkara penting yang perlu difikirkan oleh mereka yang mahu menjadi Yang Berhormat (YB).

Ikuti perbincangan selanjutnya di dalam Agenda Awani kali ini.