awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan

Astro Awani
Astro Awani
30/10/2024
09:00 MYT
MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Menurut Mohd Mirza, MyDigital ID berbeza daripada Pangkalan Data Utama (PADU) kerana maklumat diperlukan hanya sedikit ketika pendaftaran, tidak melibatkan pendapatan dan perkara lain.
KUALA LUMPUR: Tidak perlu risau atau khuatir dengan keselamatan aplikasi digital tunggal kerajaan, MyDigital ID.
Demikian jaminan Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID Sdn Bhd, Mohd Mirza Mohamed Noor yang berkata, aplikasi itu hanya bertindak sebagai kunci digital untuk memudahkan rakyat, tidak langsung menyimpan data.
Menurutnya, sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan oleh rakyat Malaysia, malah teknologi digunakan juga milik tempatan.
Tambahnya, MyDigital ID berbeza daripada Pangkalan Data Utama (PADU) kerana maklumat diperlukan hanya sedikit ketika pendaftaran, tidak melibatkan pendapatan dan perkara-perkara lain.
Justeru, katanya kini pihaknya sedang giat mengumpul pendaftaran dengan mendapat kerjasama daripada agensi kerajaan dan industri perbankan.
“Jadi kita akan memacu pendaftaran melalui kes kepenggunaan. Di samping itu, saya boleh kata, dengan pihak perbankan, dengan 16 bank sudah komited untuk integrasi dengan MyDigital ID.
“Kita semua mempunyai akaun bank… jadi insya-Allah pada hujung tahun ini kita akan nampak jumlah pendaftaran itu akan bertambah.
“Untuk pihak perbankan, kita beri pilihan, MyDigital ID sebagai log masuk alternatif tetapi akan ada pertambahan pengguna MyDigital ID nanti. Justeru, tidak lama lagi akan ramailah log masuk guna MyDigital ID untuk aktiviti perbankan.
“Kita berharap apabila sudah mencapai satu angka tertentu, pihak bank akan menjadikan ia sebagai log masuk tunggal,” katanya.
Tambah beliau, MyDigital ID diperbaharui secara automatik pada setiap tahun untuk rakyat Malaysia dan segala kos, termasuk pentadbiran dan sijil digital ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Beliau berkata demikian pada program Agenda AWANI, disiarkan di Astro AWANI pada Selasa.
MyDigital ID ialah satu inisiatif kerajaan bagi pengesahan identiti yang selamat dan sah untuk pengguna dalam talian.
Sistem MyDigital ID telah dibangunkan oleh Pusat penyelidikan dan pembangunan kebangsaan, MIMOS sejak 2016 dan kini mempunyai 32 Paten.
Topic Berkaitan
#MyDigital ID
#Agenda Awani
#PADU
#keselamatan data
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan