Laksana tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi dengan baik dan amanah.

Itu harapan disuarakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kepada 15 badan bukan kerajaan yang dilantik menjadi pemerhati tempatan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Menurut Abdul Aziz, inisiatif itu bertujuan memberi peluang kepada pihak ngo menilai sendiri ketelusan SPR sepanjang berlangsung PRU-13.

Tegas Abdul Aziz, kesemua NGO ini dipilih setelah menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan SPR.

Antaranya berupaya menjalankan tanggungjawab sebagai pemerhati, jujur dan professional, bersikap non-partisan, menerima syarat lantikan dan perlu menghantar laporan pemantauan dalam tempoh 30 hari selepas PRU-13.

Mereka juga dibenarkan menempatkan sebanyak 3 orang pemerhati di setiap kawasan parlimen sewaktu pilihan raya.

Abdul Aziz berkata demikian ketika menyerahkan surat pelantikan pemerhati tempatan kepada NGO yang terlibat di Putrajaya.