GUA MUSANG: Harga ayam di Kelantan menunjukkan penurunan dan kini dijual pada harga RM7 sekilogram berbanding harga sebelum ini mencecah RM10 sekilogram.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Adnan Abd Rahman mengesahkan perkara itu selepas pemantauan dilakukan pihaknya beberapa hari lalu.
Adnan berkata, peniaga barangan basah memberi kerjasama baik kepada KPDNHEP apabila menyahut seruan menjual barangan asas seperti ayam dan sayuran dengan harga lebih rendah.
Katanya, sebelum ini KPDNHEP menetapkan Skim Harga Maksimun Keluarga Malaysia pada harga RM9.30 bagi sekilogram ayam.
"Didapati berlaku penurunan pada harga ayam dan Alhamdulillah selepas kita perkenalkan Skim Harga Maksimun Keluarga Malaysia, kita tetapkan harga RM9.30 sekilo bagi ayam.
"Di Kelantan ini kita tengok ada yang jual di bawah RM9. Saya ada terjumpa peniaga yang jual RM7 pun ada. Ada jual RM6.99.
"Jadi bagi saya ini satu trend yang sihat dan kita mengalu-alukan peniaga dapat turunkan harga lagi supaya pengguna tidak terbeban dengan harga tinggi sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Program Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) di K’Mart Kesedar, di Bandar Baru, Gua Musang, Kelantan.
Menurutnya, program jelajah KBBM di Gua Musang adalah yang ketiga diadakan di Kelantan sebelum program sama dilakukan di Kota Bharu dan Pasir Mas.
Katanya, KBBM merupakan inisiatif untuk memulihkan ekonomi peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang terkesan dengan wabak COVID-19.
ENDS
Muhafandi Muhamad
Fri Dec 17 2021
Peniaga ayam ketika tinjauan di Program Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) di KMart Kesedar. - Astro AWANI
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.