awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Abang periang, tidak pernah tunjuk sedih'- Adik Allahyarham Isma Aliff
Eksperimen bateri litium-ion dijalankan di Stesen Angkasa Lepas China
Papa Zola The Movie catat kutipan RM55 juta, ketepikan Avatar: Fire and Ash, Zootopia 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabaran getir menanti beregu lelaki negara di Terbuka Malaysia 2026 - Kien Keat

Bernama
Bernama
05/01/2026
14:45 MYT
Cabaran getir menanti beregu lelaki negara di Terbuka Malaysia 2026 - Kien Keat
Wooi Yik (dua, kanan) dan Aaron Chia (kanan) beraksi pada sesi latihan rasmi dan ujian gelanggang sebelum Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Tugas berat menanti beregu lelaki negara pada Terbuka Malaysia 2026 yang akan membuka tirai di Axiata Arena, Bukit Jalil, esok.

Ringkasan AI
  • Beregu lelaki negara bersedia untuk Terbuka Malaysia 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
  • Pasangan utama dunia Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, menjadi halangan utama bagi pasukan negara.
  • Koo Kien Keat menilai pasangan Korea Selatan konsisten dan berpotensi menjadi juara, sementara beliau akan membantu pasangan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dalam saingan kali ini.

Pemenang pingat emas Sukan Asia 2006 acara beregu lelaki Koo Kien Keat berkata gandingan negara berpeluang mara ke perlawanan akhir namun perlu menembusi halangan daripada pasangan utama dunia Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
"Sejujurnya jika tanya saya, pasangan Korea Selatan sangat konsisten dan saya jangkakan mereka akan mara ke final dan mungkin juga jadi juara.
"Peluang untuk pemain negara melangkah ke final itu ada, cuma untuk muncul juara, saya sendiri tidak pasti," katanya semasa sesi ujian gelanggang Terbuka Malaysia 2026 di sini hari ini.
Seung Jae-Won Ho melakar pencapaian cemerlang pada musim lepas dengan muncul Juara Dunia dan Jelajah Dunia Akhir 2025.
Kali terakhir pasangan negara muncul juara pada edisi 2014 menerusi Goh V Shem-Lim Khim Wah.
Sementara itu, Kien Keat yang pernah bergandingan dengan Tan Boon Heong, akan membantu pasangan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pada saingan Terbuka Malaysia kali ini.
Beliau berkata peranannya bukan sebagai jurulatih rasmi, tetapi hanya membantu pasangan ketujuh dunia itu mengembalikan keyakinan selepas prestasi hambar pada 2025, dengan hanya memenangi satu gelaran Terbuka India.
Terbuka Malaysia 2026 bermula esok hingga 11 Jan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Malaysia
#tugas berat
#jurulatih rasmi
#juara dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan