awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Poland bakal bentuk angkatan tentera terkuat di Eropah, kata PM Tusk
Penyelarasan pakaian seragam sekolah masih dikaji, tiada perubahan sesi persekolahan 2026
Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga barang naik merunsingkan rakyat, ini antara langkah proaktif awal KPDNHEP

Firdaus Azil
Firdaus Azil
30/11/2021
04:12 MYT
Harga barang naik merunsingkan rakyat, ini antara langkah proaktif awal KPDNHEP
Antara beberapa faktor yang dikenal pasti selain fenomena global, adalah masalah yang berlaku pada rantaian pembekalan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Isu kenaikan harga barangan dan makanan, terutamanya ayam, sayur-sayuran dan telur, terus menjadi perhatian rakyat, terutamanya dalam suasana sektor ekonomi baru sahaja dibuka semula selepas hampir dua tahun terjejas akibat COVID-19.
Antara beberapa faktor yang dikenal pasti selain fenomena global, adalah masalah yang berlaku pada rantaian pembekalan, iaitu daripada pembekal (penternak dan petani), pemborong, dan peruncit - termasuk masalah logistik.
Susulan kenaikan harga yang merunsingkan masyarakat itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada sidang Parlimen hari ini mengumumkan tiga langkah proaktif bagi menangani isu berkenaan.
Pertama - Bagi memastikan kenaikan harga barangan disebabkan ketidakcukupan atau ketidakberadaan barangan dalam pasaran, Kementerian akan terus menguatkuasakan peruntukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Kedua - Bagi menangani aktiviti mengambil untung yang tidak munasabah, Kementerian menguatkuasakan peruntukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
“Di pihak pengguna pula, sekiranya berlaku pengenaan harga yang tidak munasabah, hak pengguna dibela di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999,” katanya lagi.
Ketiga - KPDNHEP terus menggerakkan lebih 1,000 Pegawai Pemantau Harga (PPH) secara harian untuk memantau harga 480 item di 1,500 premis seluruh negara untuk memastikan pergerakan harga berlaku pada situasi yang munasabah.
Selain itu, Nanta Linggi berkata, Kementerian akan memanjangkan tempoh dan memulakan pelaksanaan Skim Kawalan Harga Maksimum Musim Perayaan (SKHMP) lebih awal menjelang perayaan Krismas.
“Tarikh pelaksanaan skim kawalan harga ini akan diumumkan oleh pihak KPDNHEP dalam tempoh terdekat,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Harga barang naik
#KPDNHEP
#Alexander Nanti Linggi
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan