MELAKA: Pengusaha hotel dan restoran di negeri ini disaran supaya tidak menawarkan sajian atau bufet berbuka puasa pada harga tinggi sepanjang Ramadan ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata pihak hotel diminta menawarkan harga berpatutan sekali gus menarik lebih ramai orang menikmati juadah di premis mereka.
"Jangan melihat kepada harga tetapi jumlah orang yang datang itu ramai. Jadi ia situasi menang-menang dan saya percaya pihak hotel boleh kekalkan harga seperti sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Leypark Station dan Bazar Mega di Dataran Sejarah di sini malam tadi.
Hadir sama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman.
Sulaiman berkata kerajaan negeri serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka juga akan sentiasa bekerjasama bagi memastikan harga barangan kawalan sentiasa dipatuhi.
"Kita faham kenaikan harga barang pada waktu ini akibat kenaikan harga minyak dan minyak kelapa sawit tetapi kita akan mengikuti arahan pemantauan yang dibuat oleh peringkat pusat dan kita akan laksanakannya," katanya.
Dalam pada itu, Sulaiman berkata Program Melaka Bebas Berniaga yang diperkenalkan kerajaan negeri pada 2020 akan diteruskan pada Ramadan ini.
Beliau berkata peniaga boleh menjalankan operasi perniagaan di mana-mana lokasi sesuai termasuk di hadapan rumah mereka asalkan tidak mengganggu lalu lintas, keselamatan pelanggan serta menghalang laluan awam.
"Mohon saja lesen perniagaan di semua pihak berkuasa tempatan (PBT), insya-Allah PBT akan permudahkan tetapi mereka perlu memastikan tahap kebersihan di kawasan perniagaan sentiasa terjaga dan patuhi prosedur operasi standard ditetapkan.
"Di Leypark Station ini juga, ramai peniaga menyatakan mereka akan meneruskan perniagaan seperti biasa sepanjang Ramadan ini," katanya.
Mengenai Leypark Station yang beroperasi sejak Disember lepas, Sulaiman berkata beberapa penambahbaikan akan dilakukan secara berperingkat bagi memastikan tempat bersantai itu menjadi ikon tarikan pelancongan di Melaka.
Antaranya adalah memaksimumkan penggunaan pentas di Dataran Sejarah dengan mengadakan persembahan oleh golongan muda yang berbakat.
"Lepas raya nanti, kita akan adakan aktiviti seperti melukis, buskers (pemuzik jalanan) atau pengucapan awam di pentas itu sebagai tambah nilai kepada lokasi ini yang kini semakin mendapat sambutan," katanya dengan menambah terdapat 90 peniaga di Leypark Station setakat ini dengan 17 daripadanya merupakan golongan terjejas akibat COVID-19.
Sulaiman turut menasihatkan peniaga dan pengunjung Leypark Station sentiasa menjaga kebersihan memandangkan kawasan tersebut terletak hampir di pintu masuk utama ke Melaka.
Sementara itu, Shadan berkata tiga Bazar Aidilfitri akan diadakan sepanjang Ramadan ini iaitu di Dataran Sejarah/Leypark Station, Mydin Ayer Keroh dan KipMall Bachang.
"Setakat ini pihak penganjur masih belum dapat memastikan berapa jumlah sebenar peniaga yang akan terlibat namun di Dataran Sejarah ini, kita jangka lebih 100 peniaga dan ia akan menjadi bazar terbesar dalam kawasan MPHTJ," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 28 2022

Rosol berkata, beliau percaya pihak hotel boleh mengekalkan harga bufet Ramadan seperti tahun-tahun sebelum ini. - Gambar hiasan BERNAMA

Festival Muzik | Seorang maut selepas pentas roboh akibat angin
Seorang maut manakala sekurang-kurangnya 17 yang lain cedera ketika menghadiri festival muzik di timur Sepanyol pada awal pagi Sabtu. Menurut pihak berkuasa, sebahagian daripada pentas roboh akibat angin kencang.

Peluang Pekerjaan | Bawa kerja kosong ke kawasan B40
Difahamkan, kira-kira 70 kekosongan jawatan ditawarkan dan semuanya dalam bidang hospitaliti. Malah lokasinya bukan hanya dekat Lembah Klang sahaja tetapi di Pulau Pinang serta Johor.

Pertandingan | Lebih 200 beruk bersaing petik kelapa
Bukan sahaja manusia yang menyertai pertandingan, sebaliknya binatang juga turut terlibat dalam mencari jaguh. Di Pasir Puteh, Kelantan, berlangsungnya pertandingan memetik kelapa bagi memilih beruk yang paling pantas.

Buli | Tidak wujud unsur gangsterisme di MRSM Kuantan - Polis
Siasatan awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan mendapati tidak wujud sebarang unsur gengsterisme dalam kejadian buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan.

Hari Belia Negara | Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia
Kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap pandangan golongan anak muda atau belia serta mengiktiraf mereka sebagai rakan pembangunan strategik negara.

PRU15 | Sah! BN bakal bergerak solo
Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan keputusannya untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata parti itu sebulat suara membuat keputusan itu.

MAHA 2022 | Capai sasaran satu juta pengunjung
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung pada Sabtu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang menjadikan penganjuran kali ini sangat meriah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Ogos 2022.

Pelajar perempuan tingkatan 5 maut, rakan parah kemalangan dua motosikal
Seorang pelajar perempuan tingkatan lima maut manakala rakannya cedera parah setelah motosikal yang dinaiki mereka terbabit kemalangan.

10 Berita Pilihan - (13 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Harga bufet Ramadan biar berpatutan - Ketua Menteri Melaka
Pihak hotel diminta menawarkan harga berpatutan sekali gus menarik lebih ramai orang menikmati juadah di premis mereka.