awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga cili, bawang merah kembali stabil - Rosol

Bernama
Bernama
07/02/2021
08:37 MYT
Harga cili, bawang merah kembali stabil - Rosol
Menurut Rosol, bekalan cili dan bawang merah sudah mula stabil di pasaran sekali gus menurunkan harga. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU:Harga cili dan bawang merah yang sebelum ini melambung tinggi di pasaran, didapati mengalami penurunan ketara dan kembali stabil sejak minggu lalu.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, ia susulan kemasukan bekalan barangan tersebut dari India dan Pakistan, yang sebelum ini terhenti seketika akibat banjir.
"Isu harga bawang merah dan cili merah sudah tidak timbul kerana import bekalan dari India dan Pakistan sudah boleh masuk, sebelum ini di sana banjir.
"Kita dapati penurunan harga (bawang dan cili) melebihi 10 peratus, kerana bekalan sudah mula stabil di pasaran," katanya kepada media selepas melawat keluarga pelajar pintar yang daif Muhammad Mu'az Zhofri, 13, di Kampung Losong, di sini hari ini.
Tambah Rosol lagi, KPDNHEP sentiasa melakukan pemantauan harga dan bekalan secara berterusan melalui 2,300 anggota penguatkuasanya, di seluruh negara.
Beliau berkata, ia bagi memastikan tidak berlaku manipulasi harga dan bekalan yang akan membebankan para pengguna.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cili merah
#bawang
#harga cili
#harga bawang merah
#Rosol Wahid
#import
#India
#Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan