NATIONAL
Harga diesel: 2,000 pengusaha bas persiaran dakwa mula tersepit

Pengusaha bas persiaran dalam dilema sama ada perlu menyemak semula kadar tambang atau mengenakan caj tambahan susulan kenaikan harga diesel. Gambar kecil: Mohd Rofik
SEREMBAN: Lebih 2,000 pengusaha bas persiaran dan bas carter di seluruh negara mendakwa berada dalam keadaan 'tersepit' berikutan pengumuman kenaikan harga diesel di Semenanjung yang melebihi 50 peratus bermula pada Isnin.
Ringkasan AI
- Lebih 2,000 pengusaha bas persiaran dan bas carter mengalami kesukaran selepas pengumuman kenaikan harga diesel melebihi 50% pada Isnin.
- Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Bas Persiaran Malaysia menyatakan kebimbangan mereka kerana kebanyakan pengusaha telah menerima tempahan sehingga hujung tahun ini, tetapi harga diesel naik.
- Pengusaha bimbang untuk menaikkan harga tambang kerana risiko kehilangan pelanggan, sementara kos pengisian penuh diesel bagi sebuah bas meningkat hingga RM600 berbanding dengan RM350 hingga RM400 sebelumnya. Mereka menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan perluasan Program Subsidi Diesel Budi Madani kepada semua kategori bas.
“Sekarang ramai pengusaha dalam dilema sama ada perlu menyemak semula kadar tambang ditetapkan atau mengenakan caj tambahan,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Mohd Rofik, kebanyakan pengusaha pula telah pun mengambil wang deposit dan mereka bimbang sekiranya menaikkan harga tambang akan berdepan kehilangan pelanggan.
Katanya, untuk isian penuh diesel bagi sebuah bas pada kadar baharu, pengusaha perlu menanggung sehingga RM600 berbanding kadar lama antara RM350 hingga RM400 sahaja.
“Jadi saya mohon sangat kerajaan supaya pertimbang perluaskan Program Subsidi Diesel Budi Madani kepada semua kategori bas kerana mereka juga pengangkutan awam,” ujar beliau. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami