awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga diesel di Semenanjung Malaysia turun 5 sen lagi

Astro Awani
Astro Awani
14/08/2024
10:10 MYT
Harga diesel di Semenanjung Malaysia turun 5 sen lagi
MoF memaklumkan harga baharu itu bagi tempoh 15 Ogos hingga 21 Ogos 2024, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan lagi sebanyak lima sen kepada RM3.25 berbanding RM3.30 seliter sebelum ini.
Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga baharu itu bagi tempoh 15 Ogos hingga 21 Ogos 2024, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter.
Kementerian itu berkata, penetapan harga tersebut seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia.
"Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga," kata MoF dalam kenyataan itu.
Sementara itu, harga runcit petrol RON97 dan RON95 kekal masing-masing pada paras RM3.47 dan RM2.05 seliter.
MoF menambah kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Topic Berkaitan
#Harga diesel turun
#Kementerian Kewangan
#RON95
#RON97
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan