MALAYSIA
Harga diesel di Semenanjung turun 5 sen - MOF

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan penurunan itu seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun lima sen kepada RM2.85 seliter bagi tempoh seminggu bermula esok (21-27 Ogos).
Ringkasan AI
- Harga diesel di Semenanjung turun lima sen kepada RM2.85 seliter bagi tempoh 2127 Ogos, selaras dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.
- Harga RON97 dan RON95 kekal masing-masing pada RM3.13 dan RM2.05 seliter, manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter.
- Penetapan harga secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik, dengan kerajaan komited memantau perubahan pasaran demi kesejahteraan rakyat.
Kenyataan itu memaklumkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut MOF.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami