awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga durian turun 50 peratus, ramai boleh nikmati musang king - Peniaga

Sinar Harian
Sinar Harian
11/01/2026
10:50 MYT
Harga durian turun 50 peratus, ramai boleh nikmati musang king - Peniaga
Peniaga menurunkan harga bagi mengelakkan lambakan serta memberi peluang masyarakat menikmati durian premium pada harga berpatutan. - Gambar/ Sinar Harian
MELAKA: Musim durian kali ini dijangka berakhir dalam tempoh dua minggu lagi sebelum kembali semula pada Mac depan.
Seorang peniaga durian, Heng Gan Thian Yew,28, berkata, ketika ini permintaan terhadap raja buah itu masih memberangsangkan susulan penurunan harga sehingga 50 peratus berikutan musim durian yang berlaku hampir di seluruh negara.
Menurutnya, walaupun terdapat lambakan durian di negeri pengeluar seperti Johor dan Pahang, keadaan tersebut tidak berlaku di Melaka yang masih belum memasuki musim durian.
“Hampir seluruh kawasan di negara ini sedang musim durian, cuma Melaka belum berbuah. Sebab itu berlaku lambakan di negeri pengeluar, tetapi di Melaka tidak terlalu ketara.
“Disebabkan itu, kami peniaga mengambil bekalan dari Johor dan Pahang. Pelanggan pula gembira kerana dapat menikmati durian gred berkualiti dengan harga lebih murah,” katanya.
Katanya, bagi mengelakkan isu lambakan, beliau mengambil beberapa langkah bagi mengelakkan kerugian.
“Selain menjual pada harga lebih murah, kami turut menitikberatkan kualiti. Kami membantu proses pembungkusan dan sekiranya terdapat buah rosak, kami akan menggantikannya.
“Selain jualan secara terus, saya turut menyediakan perkhidmatan pemasaran dalam talian serta khidmat penghantaran menggunakan Lalamove kepada pelanggan yang berminat,” katanya.
Ujarnya, permintaan ketika ini masih baik disebabkan musim cuti sekolah, namun dijangka menurun selepas sesi persekolahan bermula Isnin ini.
“Musim ini berbaki kira-kira dua minggu lagi sebelum musim kembali semula sekitar Mac, khususnya di kawasan Muar, Johor,” katanya.
Seorang lagi peniaga, Muhammad Aiman Mohd Nasri, 26, berkata penurunan harga itu dibuat bagi mengelakkan lambakan serta memberi peluang masyarakat menikmati durian premium pada harga berpatutan.
“Jika sebelum ini musang king boleh mencecah RM48 hingga RM58 sekilogram, kini kami menjualnya pada harga RM20, RM28 dan RM38 mengikut saiz.
“Langkah ini juga dapat membantu pelanggan menguruskan perbelanjaan dapat makan durian dan pada masa sama tak menjejaskan persiapan persekolahan anak-anak,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#harga durian
#musim durian
#murah murah
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan