Kenaikan harga gula sebanyak 11 sen bermula 1 Mac lalu berpunca kenaikan harga import gula mentah itu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kejatuhan nilai Ringgit di peringkat global turut menjadi penyumbang kepada kenaikan tersebut.
“Bekalan gula mentah bagi Malaysia adalah 100 peratus diimport daripada luar negara. Oleh yang demikian, kenaikan harga gula yang diumumkan baru-baru ini sebanyak 11 sen daripada harga yang dulunya diwartakan pada bulan Oktober tahun 2013, ada kenaikan daripada RM2.84 kepada RM2.95 pada 1 Mac 2017.
“Ini adalah berpunca daripada faktor kenaikan harga import gula mentah itu sendiri yang dahulunya pada tahun 2013 berharga 15 sen (AS) satu paun, yang mana ketika itu nilai ringgit RM3.20 bersamaan AS$1 dibandingkan dengan baru-baru ini sebanyak 21 sen (AS) setiap paun.
“Manakala nilai ringgit pula RM4.46 bersamaan AS$1. Maka ini bermakna harga import itu sendiri sudah naik bertambah daripada perkiraan kita hampir 100 peratus harga mentah yang kita import daripada luar negara,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN – Sabak Bernam) pada sesi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Mar 14 2017
Bekalan gula mentah bagi Malaysia adalah 100 peratus diimport daripada luar negara. - Gambar fail
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Harga gula naik sejak 1 Mac disebabkan kenaikan harga import gula mentah
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kejatuhan nilai Ringgit di peringkat global turut menjadi penyumbang kepada kenaikan tersebut.