KUALA LUMPUR: Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Datuk Mahfuz Omar berkata penetapan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Padi dan Beras 1944 (Akta 522) itu turut menetapkan harga tersebut hendaklah dipaparkan dengan jelas pada setiap kampit yang dipasarkan kepada pesawah serta penjualan benih padi dan racun bagi varieti CL220 perlu dijual secara berasingan.
"Manakala untuk pembelian dan simpanan benih padi di peringkat peruncit tidak melebihi 500 kampit per kampit 20 kilogram pada satu-satu masa melainkan terdapat keperluan untuk membeli atau menyimpan melebihi daripada jumlah tersebut perlu mendapat kelulusan dari Pejabat Kawalselia Padi dan Beras Negeri.
"Berkaitan ini, penguatkuasaan dan pemantauan oleh pihak berwajib perlu dipertingkatkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mahfuz berkata LPP menyambut baik keputusan kerajaan berhubung pengumuman kawalan harga itu selaras dengan Resolusi Sekuriti Makanan Negara oleh Majlis Penasihat Peladang LPP kali ke-71 pada 11 Jan lepas, yang mencari jalan penyelesaian atau cadangan kepada Pemerkasaan Benih Padi Sah dan Padi bagi memastikan pengeluaran benih padi sah dalam negara berkualiti dan mencukupi.
Beliau berkata perkara itu juga selari dengan tanggungjawab Pergerakan Pertubuhan Peladang dalam memperkasakan penglibatannya untuk penghasilan benih padi sah berkualiti untuk pesawah yang juga hampir 90 peratus adalah ahli peladang.
"Selaras dengan pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri berkaitan kerajaan memutuskan untuk meningkatkan harga lantai belian padi beras daripada RM1,200 kepada RM1,300 per tan metrik dan ada juga sehingga kepada belian padi beras mencecah kepada RM1,800 per tan metrik.
"... ini telah memberikan impak kepada kenaikan harga bagi padi yang ditanam untuk dijadikan benih padi sah dan turut meningkatkan kos operasi pengeluaran padi benih," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024
Penetapan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Padi dan Beras 1944 (Akta 522) itu turut menetapkan harga tersebut hendaklah dipaparkan dengan jelas pada setiap kampit. - Gambar hiasan
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
Di sebalik kenaikan harga produk susu RTD mulai Julai, Maybank IB positif dengan prospek Farm Fresh bagi FY23
Kesan bersih daripada kenaikan ini adalah dianggarkan 2 hingga 3% kepada kenaikan kos jualan.
Kenaikan harga dedak beri kesan pada harga ternakan
Harga seekor lembu hanya sekitar RM4,000 hingga RM5,000 sebelum ini tetapi sekarang RM5,500.
KPDNHEP nafi tetapkan harga air kosong RM1 segelas
Pemeriksaan Ops Catut 8.0 (air kosong) adalah hanya untuk mendapatkan maklumat berhubung harga kos dan harga jualan air kosong.
Kerajaan diminta pantau persatuan peniaga berpakat tentukan harga
Sikap sesetengah persatuan peniaga di negara ini yang berpakat menentukan harga barangan dan perkhidmatan disifatkan antara punca harga jualan yang membebankan pengguna.
Proton kekalkan harga kereta biarpun ringgit susut - Dr Mahathir
Proton Holdings Bhd hari ini memberi jaminan mengekalkan harga jualan semasa keretanya biarpun berdepan peningkatan kos bahan mentah import akibat penyusutan ringgit.