awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga minyak sawit global turun, agensi berkaitan diarah kaji mekanisme harga runcit

Astro Awani
Astro Awani
07/07/2022
10:44 MYT
Harga minyak sawit global turun, agensi berkaitan diarah kaji mekanisme harga runcit
Annuar Musa berkata, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi mengarahkan agensi-agensi yang berkaitan untuk mengkaji mekanisme bagi menurunkan harga runcit minyak masak di pasaran, susulan penurunan harga minyak sawit global. - Gambar hiasan/BERNAMA
PUTRAJAYA: Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi mengarahkan agensi-agensi yang berkaitan untuk mengkaji mekanisme bagi menurunkan harga runcit minyak masak di pasaran, susulan penurunan harga minyak sawit global.
Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata agensi terbabit, termasuk Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), diarah untuk mengadakan sesi libat urus dengan 22 pengeluar minyak yang sedang beroperasi untuk meninjau mekanisme bagi tujuan itu.
“Kita dapati ada trend turun minyak sawit pada kadar RM3,800 satu tan. Sekiranya harga minyak sawit turun di bawah paras tertentu, iaitu RM3,750, kita mohon kerjasama daripada pengilang dan minta turunkan harga runcitnya.
"Kalau kadar itu turun maka hendaklah ada komitmen untuk menurunkan harga minyak yang dijual.
"Adalah tidak adil harga minyak dinaikkan atas alasan harga minyak yang naik tinggi baru-baru ini, tetapi apabila harga minyak turun, harga runcit minyak tidak diturunkan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di sini, pada Khamis.
Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, pasukan khas itu akan memantau harga sebenar minyak sawit dalam masa terdekat dan apabila kadar itu turun lebih rendah daripada nilai ambang berkenaan, pengilang dan peruncit harus memberi komitmen menurunkan harga minyak yang dijual.
"Saya meminta pengilang minyak masak agar memastikan kepatuhan 100 peratus terhadap semua syarat-syarat yang dikenakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi mengelak berlakunya ketirisan bekalan minyak masak.
"Kita akan pastikan tindakan tegas dan berterusan diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam ketirisan bekalan minyak masak yang berlaku secara berleluasa sejak dulu.
"Kita mempunyai bukti berlaku ketirisan yang berleluasa sebelum ini lagi, termasuk menggunakan minyak subsidi untuk dieksport dan dijual ke luar negara, minyak kegunaan domestik diguna sektor bukan domestik, serta bentuk ketirisan lain," ujarnya.
Katanya pihak berkuasa telah membuat rampasan minyak masak bernilai RM1.5 juta melibatkan 61 kes dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Susulan itu beliau berkata kerajaan akan terus memperhebatkan Ops Bersepadu bagi membanteras ketirisan minyak masak, dan mengelak ia daripada diseludup ke negara asing, termasuk pemantauan sempadan negara oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).
Topic Berkaitan
#Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi
#harga minyak
#Lembaga Minyak Sawit Malaysia
#Annuar Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan