awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga petrol, diesel kekal hingga 25 Okt

Bernama
Bernama
18/10/2023
09:36 MYT
Harga petrol, diesel kekal hingga 25 Okt
Menurut MOF kerajaan akan terus memantau trend harga minyak dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteran rakyat terpelihara. - Gambar hiasan/Reuters
KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Okt.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga itu berdasarkan kepada harga mingguan produk petrolium mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak mentah global, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling semasa," menurut kenyataan itu.
Menurut MOF kerajaan akan terus memantau trend harga minyak dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteran rakyat terpelihara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minyak
#RON95
#RON97
#diesel
#petrol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan